TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Tersangkut sejak semalam', treler bawa muatan lebih had punca kesesakan lalu lintas sehingga pagi di Klang

By
|
Kongsi
image

KLANG 9 OKTOBER - Tular di media sosial beberapa rakaman video pengguna jalan raya yang mengeluh terpaksa menghadap situasi rumit kesesakan lalu lintas akibat sikap cuai sebuah syarikat dalam mengendalikan penghantaran barang.

Menurut beberapa pengguna jalan raya, kejadian itu berlaku semalam pada malam hari dan sehingga pagi ini masih belum selesai.

"Info-info, ada lori 'over height' sangkut dekat jambatan tepi MPK Klang, yang nak pergi kerja sila cari alternatif lain. Kejadian 5.30 pagi tadi," kata Uhoney81 di media sosial.

Malah ada pemandu yang terkilan apabila isu itu masih belum selesai meskipun terjadi semalam.

"Bendah dah jadi dari malam tadi, sampai pagi tiada 'solution' lagi. End up, semua orang sangkut," luah Haizazazzy.

Orang ramai turut menasihati agar pengguna jalan raya yang mahu ke Shah Alam mencari alternatif lain agar tidak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

+ - reset