Berita Jenayah
Rumah Rohingya terbakar diserang bom molotov dipercayai ada kaitan video cabar Melayu
KULAI, 13 Okt. – Beberapa buah rumah di kawasan penempatan etnik Rohingya di Kulai Besar terbakar dipercayai berpunca daripada serangan bom molotov yang dibaling awal pagi ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad mengesahkan penerimaan laporan berhubung kejadian berkenaan yang berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi.
Siasatan awal mendapati serangan terbaharu itu mengakibatkan kebakaran kecil pada bahagian pagar rumah sebelum api berjaya dipadamkan tanpa melibat sebarang kecederaan atau kerosakan struktur utama.
Insiden berkenaan dipercayai berpunca daripada tindakan individu yang tidak berpuas hati dengan penyebaran dua hantaran video di Facebook yang memaparkan provokasi mencabar penduduk tempatan.
Seorang lelaki etnik Rohingya berusia lingkungan 30-an tampil membuat laporan rasmi bagi menafikan penglibatan dalam video berkenaan serta mendakwa gambarnya telah disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Dua kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat dengan api serta Seksyen 505(b) dan 505(c) Kanun Keseksaan berhubung kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.
Tindakan undang-undang tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang cuba menggugat ketenteraman awam dan keamanan di Johor. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 7, 2026, 9:16 am
Dua lelaki diburu polis selepas kantoi dirakam CCTV ketika pecah rumah di Taman Telok Gadong Indah
October 5, 2026, 1:36 pm
Mahu fokus pelajaran, cinta ditolak dipercayai punca Irene Sofiya dibunuh
October 1, 2026, 8:17 pm
Lapan anggota polis ditahan dalam operasi air ketum di Taman Keramat
September 29, 2026, 10:47 am
Polis Indonesia bongkar makmal haram cecair vape etomidat di Jakarta, lima warga Malaysia ditahan
September 27, 2026, 1:06 pm
Lelaki ditetak guna parang di Kuala Penyu berpunca perselisihan tuntutan wang RM60
September 23, 2026, 8:17 pm
Tiga pelajar IPTS warga asing ditahan, disyaki terlibat kes bunuh lelaki di Kampung Kuchai
September 22, 2026, 12:44 pm
Wanita rugi RM1.2 juta diperdaya scammer menyamar polis di Kelantan
September 17, 2026, 1:44 pm
Polis tahan wanita serang anggota guna pisau sewaktu tangkapan di Chan Sow Lin
September 14, 2026, 5:13 pm
