Berita Jenayah
Tiga individu termasuk Tamim Dahri ditahan kes khianat pecah patung kuil Jalan Klang Lama
KUALA LUMPUR, 15 Okt. – Polis menahan tiga individu termasuk seorang aktivis bagi membantu siasatan berhubung insiden menceroboh dan memecahkan empat patung di sebuah kuil di Jalan Klang Lama pada 6 Oktober lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan bahawa penahanan kesemua suspek dibuat di Beranang, Selangor kira-kira pukul 11 pagi Ahad lalu susulan dua laporan polis yang diterima.
Kesemua individu terbabit telah direman selama tiga hari bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin.
Kertas siasatan kes berkenaan dimaklumkan telah lengkap dan diserahkan kepada Pejabat Pendakwaan Negeri bagi tindakan undang-undang seterusnya.
Kes disiasat oleh pihak polis di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat mengaibkan agama.
Tindakan tegas dan siasatan menyeluruh oleh polis itu dibuat berikutan gesaan pelbagai pihak bagi memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara serta pelaku dibawa ke muka pengadilan.
Berita berkaitan
October 13, 2026, 2:04 pm
Rumah Rohingya terbakar diserang bom molotov dipercayai ada kaitan video cabar Melayu
October 7, 2026, 9:16 am
Dua lelaki diburu polis selepas kantoi dirakam CCTV ketika pecah rumah di Taman Telok Gadong Indah
October 5, 2026, 1:36 pm
Mahu fokus pelajaran, cinta ditolak dipercayai punca Irene Sofiya dibunuh
October 1, 2026, 8:17 pm
Lapan anggota polis ditahan dalam operasi air ketum di Taman Keramat
September 29, 2026, 10:47 am
Polis Indonesia bongkar makmal haram cecair vape etomidat di Jakarta, lima warga Malaysia ditahan
September 27, 2026, 1:06 pm
Lelaki ditetak guna parang di Kuala Penyu berpunca perselisihan tuntutan wang RM60
September 23, 2026, 8:17 pm
Tiga pelajar IPTS warga asing ditahan, disyaki terlibat kes bunuh lelaki di Kampung Kuchai
September 22, 2026, 12:44 pm
Wanita rugi RM1.2 juta diperdaya scammer menyamar polis di Kelantan
September 17, 2026, 1:44 pm
