Berita Sukan
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
KUALA LUMPUR 17 OKTOBER - Bintang muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar kembali mengukir senyuman apabila berjaya menebus kekalahan lama kepada Diego Paez menerusi kemenangan dalam pertarungan Flyweight Muay Thai The Inner Circle 35 di Stadium Lumpinee, Bangkok, semalam.
Johan atau lebih mesra disapa Jojo, membuktikan dirinya belum mengalah apabila berjaya mengatasi petarung Colombia-Amerika Syarikat itu menerusi keputusan juri secara ‘Unanimous Decision’ dalam aksi ONE Championship berkenaan.
Kemenangan itu pastinya cukup bermakna buat petarung berusia 19 tahun itu, apatah lagi selepas Paez pernah menewaskannya pada Jun tahun lalu.
Lebih manis, kejayaan itu hadir ketika Jojo sedang berusaha bangkit daripada episod sukar selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut kepada petarung Lebanon, Ramadan Ondash dan wakil Jepun, Shimon Yoshinari.
Justeru, kemenangan ke atas Paez bukan sekadar membalas kekalahan lalu, malah menjadi suntikan semangat buat Jojo untuk kembali membina momentum dalam saingan ONE Championship.
Kemenangan itu secara tidak langsung menyaksikan Jojo merekodkan kemenangan keduanya pada tahun ini selepas menewaskan wakil Myanmar, Ye Yint Naung pada Februari lalu.
Secara keseluruhan, Jojo sudah merekodkan sembilan kemenangan dan lima kekalahan sejak mula menyertai ONE Championship pada 2023.
Berita berkaitan
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
Gagal atasi Malaysia, penyokong Indonesia sekat 'fans' Malaysia daripada keluar stadium
September 26, 2026, 2:17 pm
