Berita Sukan
'Ahmad Bergson' makin kagum budaya Islam, gembira jaring gol sulung Harimau Malaya
JAKARTA, 26 Sept. – Penyerang naturalisasi baharu Harimau Malaya, Bergson da Silva meluahkan rasa kagum terhadap budaya masyarakat Islam di Malaysia sepanjang lebih lima tahun menetap di negara ini, sekali gus membuka ruang untuknya mempelajari Islam dengan lebih dekat.
Bergson, 35, yang mesra dengan gelaran 'Ahmad Bergson' dalam kalangan penyokong tempatan mengakui tertarik dengan cara hidup masyarakat Islam yang saling membantu, berakhlak baik serta sentiasa berdoa dalam kehidupan seharian.
"Sikit-sikit, tak cukup. Tapi masih belajar, belajar bahasa. Jadi saya rasa ia dalam proses dan akan berkembang... Di sini saya selalu melihat mereka dan mengagumi cara mereka berjuang, cara mereka saling membantu," katanya.
Pemain kelahiran Brazil itu menyifatkan Malaysia kini sudah seperti rumah sendiri dan beliau mahu membalas sokongan serta kasih sayang penyokong tempatan menerusi persembahan cemerlang di atas padang.
Mendapat kelulusan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 13 September lalu untuk mewakili Malaysia, penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu melakukan penampilan sulung yang cukup manis bersama skuad kebangsaan semalam.
Beliau berjaya meledak gol ketiga bagi membantu Harimau Malaya mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Bangladesh dalam aksi pembukaan Divisyen 1 Kumpulan A Piala ASEAN FIFA 2026 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta.
Berita berkaitan
September 25, 2026, 7:39 pm
Bergson buka akaun gol bersama Harimau Malaya, bantu benam Bangladesh
September 24, 2026, 10:26 am
Rezeki luar biasa, pemandu e-hailing Dungun tak sangka bawa juara Piala Dunia
September 20, 2026, 3:03 pm
Kaki Andros Townsend kena 'lenyek' dengan 'roller' masa panas badan
September 20, 2026, 2:53 pm
Harimau Malaya sarung jersi baharu pada Piala ASEAN FIFA
September 20, 2026, 9:28 am
Piala FA: Hatrik Chrigor Moraes ketuai kebangkitan Selangor di Kangar
September 17, 2026, 4:23 pm
Ab Ghani Hassan menang besar, dipilih Presiden FAM baharu
September 14, 2026, 9:27 am
Tak berhenti walau dah tercicir, atlet wanita buang air besar dalam seluar masa Hyrox
September 9, 2026, 12:27 pm
