TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Politik

Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 17 OKTOBER - Bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, direhatkan daripada semua aktiviti rasmi parti BERSAMA selama tiga bulan, berkuat kuasa 20 Oktober ini hingga 19 Januari 2027.

Dalam kenyataan media hari ini, Syukri Razab bagi pihak BERSAMA berkata keputusan itu dibuat susulan pengakuan Nik Nazmi berkaitan pembabitannya dalam satu kes yang tersebar, baru-baru ini.

Kata Syukri, perkembangan berkenaan dipandang serius dan setiap isu membabitkan kepimpinan serta anggota parti perlu ditangani sewajarnya.

"BERSAMA berpendirian bahawa setiap isu yang melibatkan kepimpinan serta anggota parti perlu ditangani dengan sewajarnya, demi memelihara integriti, kredibiliti dan keyakinan masyarakat terhadap parti," katanya.

Menurut Syukri, keputusan merehatkan Nik Nazmi yang juga pemimpin BERSAMA daripada aktiviti rasmi parti selama tiga bulan perlu dan munasabah.

Bagaimanapun, katanya, parti itu tidak menafikan sumbangan serta komitmen Nik Nazmi terhadap perjuangan BERSAMA sejak parti berkenaan dilancarkan semula pada Mei lalu.

Terdahulu, Nik Nazmi mengesahkan beliau seorang daripada dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas dakwaan berkhalwat di Petaling Jaya, Khamis lalu.

+ - reset