Berita Politik
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
MELAKA 18 OKTOBER - Kemelut politik di Negeri Sembilan dijangka tidak akan memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata apa yang penting adalah strategi yang disusun pucuk pimpinan diterjemah oleh jentera parti bagi meraih kemenangan pada PRN berkenaan.
"Strategi yang baik tetapi tidak dilaksanakan, itu juga akan menggagalkan perancangan kita.
"Kita buat strategi cantik-cantik, pada zahirnya sangat baik, dan ramai orang yang akan mengundi ataupun dikategorikan sebagai pengundi putih kepada BN, tetapi kalau kita tidak buat (mereka) keluar (mengundi) pun tak bermakna, dia tidak masuk ke dalam peti undi," katanya.
Mohamad yang juga Menteri Luar berkata kepada pemberita selepas merasmikan Penutupan Persidangan Agung Kebangsaan Persatuan Solidariti Nasional (PerSoNa) kali ke-10 sesi 2025 di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN Melaka pada 14 Nov depan, dengan penamaan calon pada 31 Okt manakala undi awal pada 10 Nov.
PRN Melaka yang diadakan pada 2021 menyaksikan BN menang 21 daripada 28 kerusi sekaligus membentuk kerajaan negeri, manakala Pakatan Harapan (PH) menang lima kerusi dan Perikatan Nasional (dua kerusi).
Berita berkaitan
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
PH muktamad tidak bekerjasama dengan BN bagi PRN Melaka
September 24, 2026, 9:52 am
Notis pembatalan RoS: PAS teguh berdiri bersama parti komponen pertahan PN
September 23, 2026, 8:45 pm
PN terima notis tunjuk sebab pembatalan pendaftaran daripada RoS
September 23, 2026, 8:41 pm
BN akan umum kerjasama politik hadapi PRN Melaka Ke-16 dalam masa terdekat
September 20, 2026, 2:49 pm
