TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Politik

Notis pembatalan RoS: PAS teguh berdiri bersama parti komponen pertahan PN

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 24 Sept. – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengesahkan mengambil maklum berhubung Notis Tunjuk Sebab dalam tempoh 30 hari bertarikh 22 September 2026 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) terhadap Perikatan Nasional (PN).

Pengeluaran notis di bawah Subseksyen 13(2) Akta Pertumbuhan 1966 [Akta 832] berkenaan difahamkan berpunca daripada aduan rasmi yang dikemukakan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Menerusi kenyataan rasminya hari ini, PAS turut mengesahkan makluman berhubung suatu perintah penggantungan serta-merta ke atas PN yang dikeluarkan oleh pihak RoS bertarikh 23 September 2026.

PAS menyatakan keyakinan penuh bahawa notis dan perintah penggantungan yang dikeluarkan bertepatan dengan tarikh pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka itu akan ditangani mengikut lunas serta proses perundangan yang sewajarnya oleh pihak pimpinan PN.

Atas prinsip musyawarah dan akauntabiliti, PAS menegaskan komitmennya untuk berdiri teguh bersama parti-parti komponen lain dalam gabungan berkenaan bagi meneliti isu terbabit secara terperinci.

Langkah berkenaan diambil bagi memastikan segala tindakan susulan dilaksanakan mengikut peraturan serta peruntukan undang-undang yang ditetapkan, terutamanya di bawah Akta Pertumbuhan 1966.

PAS turut menegaskan bahawa tindakan undang-undang berkenaan amat penting demi memelihara serta memenuhi matlamat awal penubuhan dan agenda perjuangan PN. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset