TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Pemandu dakwa jadi mangsa buli kereta 'femes' Porsche hitam di Puchong

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 19 OKTOBER - Seorang pemandu menjadi mangsa buli kepada pengguna jalan raya lain ketika kawasan itu sedang mengalami kesesakan lalu lintas di Puchong, Selangor.

Menerusi perkongsian pengguna media sosial, Clementchooo berpesan kepada pemandu-pemandu lain agar berhati-hati jikalau menjumpai kereta berwarna hitam jenis Porsche Cayanne di atas jalan raya.

"Yang paling terkenal, kereta hitam Porsche Cayanne yang selalu menjadi pembuli di atas jalan raya. Jika anda ternampak lelaki ini di atas jalan sila berhati-hati dan siapkan rakaman 'dashcam' anda."

Clementchooo turut berkongi rakaman 'dashcam' miliknya semasa menjadi mangsa buli kepada pemandu kereta Porsche itu.

Berdasarkan rakaman video itu, pemandu Porsche terbabit dilihat dengan sengaja memandu secara bahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Bukan sahaja memandu secara bahaya, pemandu itu juga sempat menunjukkan isyarat jari tengah kepada Clementchoo selepas dipercayai tidak berpuas hati apabila di 'hon' berkali-kali.

Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden terbabit.

+ - reset