TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Polis kejar pasangan kekasih sejam lepas lari dari pemeriksaan di Melaka

By
|
Kongsi
image

MELAKA TENGAH 16 OKTOBER - Polis menahan sepasang kekasih dan merampas dadah selepas mengejar kenderaan suspek selama satu jam ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Tengkera baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, suspek berusia 39 dan 32 tahun diberkas pada pukul 7.20 malam oleh anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Melaka Tengah.

Katanya, pada pukul 6.20 petang semalam, anggota polis mengesan kereta Proton Saga dinaiki pasangan itu dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah apartmen di Tengkera.

“Pemandu kereta memecut kenderaan ketika cuba ditahan untuk pemeriksaan.

“Suspek memandu secara berbahaya termasuk melakukan pergerakan zig zag dan melawan arus bagi mengelak ditahan pihak polis.,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Halim, kedua-dua suspek kemudian cuba melarikan diri dengan meninggalkan kereta mereka di jalan mati berhampiran sebuah masjid di Kampung Sungai Putat, tetapi gagal apabila ditahan anggota polis.

Katanya, semasa proses tangkapan dilakukan, berlaku pergelutan hingga menyebabkan seorang anggota polis berusia 23 tahun cedera ringan.

+ - reset