TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Adakah ini biasa', pempengaruh 'skateboard' Jepun terkejut kemalangan berlaku depan mata di Sabah

By
|
Kongsi
image

KOTA KINABALU 16 OKTOBER - Niat di hati sekadar ingin menikmati keindahan senja sambil meluncur roda luncur (roller skate) di bumi Sabah.

Namun apa yang terhidang di depan mata benar-benar merentap jantung seorang pempengaruh media sosial warga Jepun.

Pemilik akaun terkenal urban_skate_tokyo itu tidak menyangka percutiannya bertukar menjadi detik cemas apabila dihidangkan dengan insiden pelanggaran jalan raya secara langsung.

Berdasarkan video tular, pencipta kandungan itu sedang berdiri di tepi jalan raya utama sebelum sebuah kenderaan dan motosikal bertembung di persimpangan jalan. 

Dentuman kuat akibat perlanggaran itu mengejutkannya yang kemudian bergegas menghampiri mangsa bagi menghulurkan bantuan awal sementara menantikan ketibaan orang ramai.
   
Suasana di lokasi kejadian segera berubah menjadi panik apabila seorang wanita yang dipercayai pemandu menghampiri dalam keadaan meraung ketakutan melihat keadaan penunggang motosikal terbaring kaku di atas rumput.  

"Tolong, tolong" jerit wanita berkenaan dalam keadaan cemas.

Lebih memburukkan keadaan, kekangan bahasa turut menjadi halangan buat pempengaruh luar itu untuk berkomunikasi dengan pemandu yang cemas di situ.   

"Maafkan saya, tiada siapa yang fasih berbahasa Inggeris di situ, jadi saya terpaksa menyerahkan mangsa dalam keadaan baik," luah pelancong terbabit menerusi kapsyen perkongsiannya sambil melahirkan rasa terkejut dengan insiden ngeri di negara ini.

+ - reset