Berita Politik
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
KANGAR, 21 Okt. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menggantung keahlian Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah selama dua penggal pemilihan parti berkuat kuasa 13 Oktober lalu.
Pengerusi Bersatu Perlis, Izizam Ibrahim mengesahkan perkara berkenaan selepas surat rasmi bertarikh 14 Oktober 2026 yang ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan tular di media sosial.
Keputusan penggantungan keahlian Ketua Bersatu Bahagian Kangar berkenaan dibuat mengikut Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu susulan dakwaan pelanggaran Fasal 9.1.4 serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.
Tindakan disiplin itu menyaksikan beliau dilucutkan daripada semua jawatan dalam parti serta dilarang membuat sebarang kenyataan atas nama Bersatu sepanjang tempoh penggantungan.
Pihak Bersatu Perlis kini sedang menantikan keputusan rasmi daripada kepemimpinan Bersatu Pusat serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas berhubung kedudukan pentadbiran negeri.
Abu Bakar bagaimanapun masih diberikan ruang untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan parti dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis berkenaan dikeluarkan.
Berita berkaitan
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
PH muktamad tidak bekerjasama dengan BN bagi PRN Melaka
September 24, 2026, 9:52 am
Notis pembatalan RoS: PAS teguh berdiri bersama parti komponen pertahan PN
September 23, 2026, 8:45 pm
PN terima notis tunjuk sebab pembatalan pendaftaran daripada RoS
September 23, 2026, 8:41 pm
