Berita Hiburan
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
KUALA LUMPUR, 27 Okt. – Tular satu rakaman video memaparkan tindakan biadab seorang tetamu wanita yang menarik leher penyanyi dan pelakon, Bella Astillah secara tiba-tiba sewaktu majlis resepsi perkahwinannya di Muar, Johor pada Ahad.
Insiden terbabit berlaku ketika Bella, 32, atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah bersama suaminya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, sedang menyapa tetamu yang hadir.
Menerusi klip video berkenaan, tetamu wanita terbabit dilihat memegang bahagian belakang leher Bella sebelum menariknya secara kasar untuk mencium pipi selebriti berkenaan.
Kejadian itu mencetuskan kemarahan pengguna media sosial yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak beradab, melampaui batas, serta membahayakan keselamatan pelakon berbadan kecil itu.
Rata-rata netizen menggesa penganjur dan pasangan berkenaan supaya memperketat kawalan keselamatan serta menyediakan pengawal peribadi menjelang majlis resepsi seterusnya yang dijadualkan berlangsung di Sabah.
Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup pada 10 Oktober lalu sebelum mengadakan majlis resepsi di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 18 Oktober.
Berita berkaitan
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
'Kalau mama sakit, meninggal jangan datang tau', Abby Abadi luah rasa kecewa sempena ulang tahun ke-18 anak
September 15, 2026, 9:32 am
Syed Saddiq, Bella Astillah jumpa Dr. Wan Azizah minta nasihat alam rumah tangga
August 29, 2026, 11:01 am
