TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Hiburan

Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 2 OKTOBER – Budi dan pengorbanan seorang adik yang ikhlas berbakti menjaga ibu kandung siang dan malam akhirnya dibalas dengan kejutan yang tidak disangka-sangka apabila dihadiahkan sebuah kenderaan mewah oleh abangnya, pelakon terkenal Azhan Rani.

Momen indah itu tercipta menerusi satu pakatan murni bersama ahli keluarga, sahabat rapat serta warga kerja sebuah pengedar kenderaan di Damansara.

Segalanya bermula dengan alasan apabila adiknya, Sahrul Nizam, diminta berpakaian kemas bagi menghadiri jemputan makan malam di bilik pameran Jetour Damansara bersama ibu mereka. 
Namun, jemputan itu rupa-rupanya hanyalah rancangan bagi menyembunyikan penyerahan sebuah kereta mewah buat dirinya.

Melalui perkongsian di media sosial, pelakon yang popular menerusi pelbagai drama itu mengakui bahawa beliau sebenarnya kurang gemar membuat gimik atau mengusik orang lain, namun terpaksa melakukan 'bohong sunat' demi memberikan kenangan manis buat insan tersayang.

"Akhirnya aku sendiri buat benda yang aku tak suka iaitu prank orang. Maaf la bohong sunat. Apa pun terima kasih kepada pengurusan yang sudi bersubahat dan bertungkus lumus buat kerja ekstra ini," ujar Azhan.

Azhan turut menzahirkan rasa terhutang budi kepada rakan-rakannya serta pihak restoran yang menyajikan hidangan pada majlis berkenaan tanpa mahu menerima sebarang bayaran, selain mendedikasikan ingatan tulus buat arwah bapanya, Abdul Rani Sabri.

Sementara itu, rakan karib pelakon berkenaan, Raja Hafiz Raja Ahmad, meluahkan rasa kagum serta menyifatkan pemberian istimewa itu sebagai ganjaran selayak daripada Allah S.W.T atas ketaatan Sahrul mengutamakan kebajikan ibu mereka.

"Kasih ibu membawa ke syurga. Di dunia lagi Allah dah balas kebaikan seorang anak yang taat menjaga ibunya siang dan malam. Tahniah Sahrul, anda memang layak menerimanya,"* katanya.

Beliau juga memuji keperibadian Azhan yang sentiasa mengutamakan ahli keluarga serta melayan adik-beradik dengan penuh kasih sayang, sekali gus menjadi punca rezekinya sentiasa dimurahkan dan diberkati.

+ - reset