Berita Hiburan
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
PETALING JAYA, 26 Sept. – Pelakon dan model terkemuka, Zahnita Wilson selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Farouk Osman Yunus dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung pagi tadi.
Zahnita, 41, atau nama penuhnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson disatukan bersama pasangan di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya dalam sebuah majlis ringkas dan bersemarak sederhana yang dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat.
Majlis perikatan tersebut menyaksikan Zahnita dinikahkan oleh abangnya, Mohd. Julian Hussein dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Daerah Sepang, Mohammad Nazri Sobirin.
Dalam majlis berkenaan, pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 beserta hantaran berupa dua bentuk cincin dan kelengkapan solat, manakala kedua-dua mempelai tampil anggun berbusana serba putih.
Terdahulu, Zahnita pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor selama 20 tahun dan dikurniakan empat orang cahaya mata sebelum perkahwinan berkenaan berakhir dengan perpisahan.
Berita berkaitan
November 20, 2026, 1:06 pm
Haiza lancar single ‘Pencuri’ selepas hampir sedekad tersimpan
November 20, 2026, 10:29 am
Ali XPDC dijadual jalani prosedur angiogram di IJN hari ini
November 10, 2026, 4:49 pm
Syida Melvin desak bekas suami keluar rumah lepas 8 bulan merempat bersama anak-anak
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
