Berita Hiburan
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
KUALA LUMPUR 8 OKTOBER - Pelawak dan penyampai radio popular, Jep Sepahtu, akhirnya bersuara meluahkan rasa muak terhadap tindakan seorang individu dipercayai rakan industri yang didakwa berterusan memainkan isu persahabatan demi kepentingan peribadi.
Menolak tuduhan kononnya beliau mengambil bayaran lebih daripada kumpulan, pemilik nama sebenar Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz itu menjelaskan bahawa sebarang urusan kewangan sebelum ini sentiasa berlandaskan perjanjian individu, bukannya pembahagian secara berkelompok.
Tegas bekas penyampai radio Sinar FM itu, tuduhan bersasar yang dilemparkan secara kiasan dalam satu rakaman audio siar (podcast) disifatkan sebagai cubaan halus untuk menghasut masyarakat agar membencinya.
"Kalau betul memang ada cerita pasal payment tu, gentle sebut la nama, senang sikit aku nak hantar LOD. Jangan berkias-kias kat podcast dan try hard buat orang bersangka buruk untuk benci aku.
"Aku dah biasa kotorkan tangan untuk pastikan hasilnya bersih daripada mencuci duit nak nampak kan dia bersih," luahnya menerusi satu hantaran di media sosialnya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Jep turut mendedahkan kenyataan balasan yang menggesa individu itu menyelesaikan isu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja yang didakwa ditolak tetapi tidak dibayar, bukannya terus-menerus mereka-reka fitnah.
Malah, beliau mempersoalkan ketenangan hidup pihak berkenaan biarpun perniagaannya mencatatkan jualan ratusan juta ringgit selain kerap menghimpunkan pelbagai pihak di ruang audio siar semata-mata untuk memburukkan dirinya.
"Daripada kau duk buat fitnah tak sudah, lebih baik kau settle EPF orang yang kau dah potong tapi TAK BAYAR. Aku bukan jenis yang makan hak orang, bro. Insya-Allah aku sangat jaga sumber yang aku dapat.
"Aku ingat jual air sale 150 juta dah boleh hidup tenang dah. Macam-macam orang dah kau kumpul kat podcast kau untuk burukkan aku, tu pun masih tak tenang ke? Ya kau orang baik, aku orang jahat. Pergilah selamatkan diri kau," tambahnya.
Menerusi mesej terakhirnya, Jep Sepahtu memberikan amaran keras agar tidak lagi mengganggu ketenteraman hidupnya yang kini fokus membesarkan dua cahaya mata syurga, sambil meminta individu terbabit memikirkan punca gelisah diri sendiri tanpa menyalahkan pihak lain.
Berita berkaitan
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
'Kalau mama sakit, meninggal jangan datang tau', Abby Abadi luah rasa kecewa sempena ulang tahun ke-18 anak
September 15, 2026, 9:32 am
Syed Saddiq, Bella Astillah jumpa Dr. Wan Azizah minta nasihat alam rumah tangga
August 29, 2026, 11:01 am
Penyanyi kumpulan rock BPR, Joey meninggal dunia pada usia 63 tahun
August 26, 2026, 12:57 pm
