TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Hiburan

Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 28 Okt. – Filem tempatan yang dinanti-nantikan, KUDRAT 1968: High Council berjaya mencatatkan kutipan RM3 juta menerusi jualan tempahan tiket awal menjelang tayangan rasminya di pawagam esok.

Kejayaan jualan tiket berkenaan mencetuskan keterujaan luar biasa peminat susulan penulisan siri premium terdahulu yang pernah menjadi fenomena di media sosial.

Menerusi akaun media sosial rasmi Astro Shaw, pihak produksi menzahirkan rasa syukur atas sokongan padu penonton, selain mengesahkan tiket tayangan khas Mega Fans Screening pada 31 Oktober ini habis terjual dalam tempoh lima minit.

Filem arahan Zulaikha Zakaria dan Khairi Asyraff yang dibintangi Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Akmal Asyraf, Dai Fuad, Evertts Gomes, serta Chech Harith terbabit bakal menampilkan konflik kuasa dan persahabatan yang lebih mendalam.

Karya terbitan berkenaan bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 29 Oktober 2026 bagi menjawab pelbagai spekulasi dan perdebatan watak yang timbul dalam kalangan peminat.

+ - reset