TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Politik

PRN Melaka: Gelombang biru iringi Dr. Akmal ke Pusat Penamaan Calon DUN Merlimau

By
|
Kongsi
image

JASIN 31 OKTOBER – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau kira-kira jam 8.38 pagi tadi bagi menyempurnakan proses penamaan calon.

Ketua Pemuda UMNO berkenaan terdahulu berarak ke dewan berkenaan bersama perarakan para penyokongnya bermula jam 8.28 pagi. Kehadiran beliau turut diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, sekali gus menyuntik semangat buat barisan penyokong BN yang hadir memberi sokongan padu.

Dr. Akmal kemudiannya memasuki dewan bagi menyerahkan borang pencalonan dengan didampingi pencadang, Mohd Nasiruddin Ibrahim, serta penyokongnya, Zakaria Ab Hamid.

Kerusi DUN Merlimau dijangka menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya dua penjuru selepas Pakatan Harapan (PH) mengetengahkan Rahayu Hamzah daripada Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai pertaruhan mereka. Walau bagaimanapun, saingan sebenar bagi kerusi itu hanya akan dimuktamadkan selepas proses penamaan calon tamat sepenuhnya.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021, Dr. Akmal berjaya memenangi kerusi DUN Merlimau dengan meraih 5,633 undi selepas menewaskan pencabar daripada PH dan Perikatan Nasional (PN). DUN Merlimau kini mencatatkan seramai 19,449 pengundi berdaftar. 

+ - reset