Berita Politik
Dominic Lau dakwa penggantungan PN agenda PH elak persaingan PRN Melaka
MELAKA, 30 Okt. – Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mendakwa tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung Perikatan Nasional (PN) sebagai agenda politik Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Dominic mendakwa bahawa penetapan tarikh penggantungan gabungan berkenaan pada 23 September lalu adalah selari dengan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, sekali gus menggambarkan wujud niat tertentu oleh pihak pentadbiran.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PN PRN Melaka di sini malam tadi, sambil menegaskan bahawa keputusan terbabit tidak mengejutkan pimpinan gabungan itu.
Dalam ucapan sama, beliau turut mengaitkan tindakan berkenaan sebagai sebahagian daripada strategi untuk mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua.
Pada majlis terbabit, PN turut mengumumkan wakil parti Gerakan, Datuk Seri Michael Gan Peng Lam sebagai calon yang bakal bertanding di kerusi DUN Ayer Keroh. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 30, 2026, 3:04 pm
'Jangan undi kalau saya tak perform' - Akmal Saleh
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
