Berita Politik
PRN Melaka: Pimpinan bakal putuskan 'poster boy' PH - Fahmi
SHAH ALAM 31 OKTOBER - Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil menyerahkan kepada pimpinan gabungan itu untuk menentukan individu yang bakal dipilih sebagai ‘poster boy’ bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
Beliau berkata, fokus ketika ini adalah memastikan pertandingan berlangsung secara sihat.
“Kita mengambil sikap, kita akan fokus kepada pertandingan yang sihat dan apa-apa keputusan nanti (mengenai poster boy) akan dibuat oleh pimpinan,” katanya ketika ditanya mengenai perkara itu selepas beliau merasmikan Hari Kurier Negara 2026, di sini, pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, beliau akan ke Melaka esok bagi meninjau pusat media, selain melihat perkembangan persiapan menjelang pilihan raya berkenaan.
Beliau turut menggesa semua pihak memastikan persaingan politik berlangsung secara sihat, termasuk mengelakkan penyebaran kandungan palsu dan berunsur fitnah terhadap mana-mana calon yang bertanding.
Menurutnya, orang ramai yang mengesan kandungan sedemikian di media sosial diminta menyalurkan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Saya juga ingin ingatkan, kita juga boleh buat aduan terus kepada platform… jadi buatkan aduan kepada Facebook, TikTok dan sebagainya. Pada masa sama, boleh buat aduan dengan pihak MCMC. Insya-Allah kita akan memantau,” katanya.
Fahmi berkata, usaha itu penting bagi memastikan ruang kempen tidak disalahguna untuk menyebarkan maklumat palsu atau kandungan yang boleh menjejaskan calon bertanding.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan MCMC telah menjalankan pemeriksaan berkaitan capaian internet di pusat-pusat mengundi bagi memastikan kelancaran akses pada hari pengundian.
Katanya, berdasarkan pemeriksaan berkenaan, MCMC menjangkakan tiada masalah capaian internet di pusat-pusat mengundi pada hari berkenaan.
Berita berkaitan
October 31, 2026, 5:45 pm
PH, BERSATU belum bincang kerjasama pilihan raya
October 31, 2026, 2:59 pm
PRN Melaka: Calon PH tak takut Ab Rauf di DUN Tanjung Bidara
October 31, 2026, 11:27 am
BN-PN mantapkan gerak kerja bersama hadapi PRN Melaka
October 31, 2026, 10:49 am
Semangat 'Muafakat Melaka' kukuhkan hubungan PN dan BN Menjelang PRN
October 31, 2026, 10:10 am
PRN Melaka: Adly Zahari pertahan Bukit Katil, diiringi Mat Sabu
October 31, 2026, 9:42 am
PRN Melaka: Gelombang biru iringi Dr. Akmal ke Pusat Penamaan Calon DUN Merlimau
October 30, 2026, 3:04 pm
'Jangan undi kalau saya tak perform' - Akmal Saleh
October 30, 2026, 10:14 am
Dominic Lau dakwa penggantungan PN agenda PH elak persaingan PRN Melaka
October 29, 2026, 8:39 am
