Berita Politik
'Jangan undi kalau saya tak perform' - Akmal Saleh
KUALA LUMPUR 30 OKTOBER – Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh mencabar pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menilai sendiri prestasi perkhidmatannya sepanjang empat tahun 11 bulan sebelum membuat keputusan sama ada mahu memberinya mandat sekali lagi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
Calon DUN Merlimau itu menyerahkan sepenuhnya kepada rakyat untuk menentukan sama ada perkhidmatannya sepanjang tempoh berkenaan memuaskan atau sebaliknya.
“Jangan undi saya jika perkhidmatan saya tidak bagus tetapi jika berpuas hati, saya mohon kepercayaan anda semua sekali lagi untuk berkhidmat bagi tempoh lima tahun akan datang,” katanya yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO menerusi hantaran di Facebook.
Dr Akmal turut menegaskan, identitinya sebagai anak kampung yang mahu terus berkhidmat untuk masyarakat setempat menerusi slogan “Anak Kampung Untuk Orang Kampung”.
Pada PRN Melaka 2021, Dr Akmal memenangi DUN Merlimau dengan memperoleh 5,633 und, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Azrin Ab Majid yang mendapat 2,385 undi dan calon PN, Abd Alim Shapie yang meraih 1,622 undi.
Kemenangan itu menyaksikan Dr Akmal memperoleh majoriti 3,248 undi.
Berita berkaitan
October 30, 2026, 10:14 am
Dominic Lau dakwa penggantungan PN agenda PH elak persaingan PRN Melaka
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
