Berita Politik
PRN Melaka: BN sedia ajak PN sertai kerajaan negeri
BAGAN DATUK 01 NOVEMBER - Barisan Nasional (BN) bersedia mengundang Perikatan Nasional (PN) untuk menyertai barisan pentadbiran kerajaan negeri, sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 Nov ini.
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pendekatan itu diambil, bagi menghormati mandat rakyat serta kesepakatan politik yang dimeterai antara kedua-dua gabungan, sama seperti yang pernah dilaksanakan di Negeri Sembilan.
“Sebagaimana yang telah berlaku di Negeri Sembilan, apabila kerajaan terbentuk maka kita honour pelantikan supaya mereka (PN) berada di dalam kerajaan. Begitu juga di Melaka, apabila Kerajaan Perpaduan dulu terbentuk, rakan-rakan kita dalam PH (Pakatan Harapan) juga telah dilantik sebagai Exco dan juga Timbalan Exco, tetapi kemudiannya mereka telah membuat keputusan untuk keluar.
“Jadi kita akan lakukan perkara yang sama untuk ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) daripada PN yang memenangi kerusi-kerusi berkenaan dan insya-Allah kalau kita membentuk kerajaan, kita akan jemput juga untuk mereka menganggotai kerajaan negeri yang akan terbentuk,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Deepavali 2026 di Dewan UMNO Bagan Datuk, di sini hari ini.
Pada PRN kali ini, BN bertanding 23 kerusi daripada keseluruhan 28 kerusi yang dipertandingkan manakala PN bertanding di lima kerusi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 Nov sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala pengundian awal pada 10 November.
Berita berkaitan
November 2, 2026, 9:21 am
Dr Akmal bidas Adly Zahari, gesa penilaian prestasi kerajaan negeri bersandarkan fakta
November 1, 2026, 7:03 pm
PRN Melaka: Ab Rauf mahu Adly Zahari cermin diri
November 1, 2026, 9:56 am
Rakyat Melaka layak dapat pemimpin amanah, berintegriti – Anwar
October 31, 2026, 5:45 pm
PH, BERSATU belum bincang kerjasama pilihan raya
October 31, 2026, 3:03 pm
PRN Melaka: Pimpinan bakal putuskan 'poster boy' PH - Fahmi
October 31, 2026, 2:59 pm
PRN Melaka: Calon PH tak takut Ab Rauf di DUN Tanjung Bidara
October 31, 2026, 11:27 am
BN-PN mantapkan gerak kerja bersama hadapi PRN Melaka
October 31, 2026, 10:49 am
Semangat 'Muafakat Melaka' kukuhkan hubungan PN dan BN Menjelang PRN
October 31, 2026, 10:10 am
