TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Politik

Dr Akmal bidas Adly Zahari, gesa penilaian prestasi kerajaan negeri bersandarkan fakta

By
|
Kongsi
image

MELAKA, 2 Nov. – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari yang mempertikaikan prestasi pentadbiran kerajaan negeri pimpinan BN.

Dr Akmal menegaskan bahawa sebarang kritikan berhubung pencapaian kerajaan negeri perlu berasaskan fakta dan data rasmi, selain meminta Adly menilai semula rekod pentadbirannya sendiri sewaktu menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka dari Mei 2018 hingga Mac 2020.

Beliau menjelaskan berhubung isu banjir, pelbagai projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) termasuk RTB Sungai Baru dan RTB Sungai Air Salak telah diluluskan di bawah pentadbiran BN pimpinan Datuk Seri Ab Rauf Yusof, berbanding tiada sebarang projek RTB diluluskan semasa tempoh pentadbiran Adly.

Mengenai peluang pekerjaan dan pelaburan, Dr Akmal memaklumkan bahawa Melaka berjaya mewujudkan 16,770 peluang pekerjaan menerusi pelaburan RM8.1 bilion pada 2024 serta merekodkan pelaburan tertinggi sebanyak RM14.68 bilion pada 2025, melonjak berbanding RM2.2 bilion pelaburan yang direkodkan pada 2019.

Beliau turut mempertikaikan kritikan berkenaan memandangkan PH merupakan sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri bersama BN sejak 2023 hingga 2026 yang turut dianggotai oleh seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) daripada PH. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset