Berita Politik
Rakyat Melaka layak dapat pemimpin amanah, berintegriti – Anwar
MELAKA 1 NOVEMBER - Melaka berhak mendapat kepimpinan yang amanah, berintegriti dan gigih bekerja demi kesejahteraan rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, beliau yakin pengundi akan memilih calon-calon PH yang akan bekerja demi kebaikan dan perubahan yang nyata buat rakyat negeri itu.
“Melaka berhak mendapat kepimpinan yang amanah, berintegriti dan yang gigih bekerja untuk rakyat dan kesejahteraan mereka.
“Saya yakin warga Melaka akan memilih calon-calon HARAPAN yang akan bekerja demi kebaikan dan perubahan yang nyata buat rakyat Melaka. Melaka Rumah Kita!,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
PH bertanding di 24 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri pada PRN Melaka kali ini, dengan 10 daripadanya mengetengahkan calon PKR manakala DAP dan Parti Amanah Negara masing-masing tujuh.
SPR menetapkan 14 November sebagai hari pengundian manakala undi awal pada 10 November.
Berita berkaitan
October 31, 2026, 5:45 pm
PH, BERSATU belum bincang kerjasama pilihan raya
October 31, 2026, 3:03 pm
PRN Melaka: Pimpinan bakal putuskan 'poster boy' PH - Fahmi
October 31, 2026, 2:59 pm
PRN Melaka: Calon PH tak takut Ab Rauf di DUN Tanjung Bidara
October 31, 2026, 11:27 am
BN-PN mantapkan gerak kerja bersama hadapi PRN Melaka
October 31, 2026, 10:49 am
Semangat 'Muafakat Melaka' kukuhkan hubungan PN dan BN Menjelang PRN
October 31, 2026, 10:10 am
PRN Melaka: Adly Zahari pertahan Bukit Katil, diiringi Mat Sabu
October 31, 2026, 9:42 am
PRN Melaka: Gelombang biru iringi Dr. Akmal ke Pusat Penamaan Calon DUN Merlimau
October 30, 2026, 3:04 pm
'Jangan undi kalau saya tak perform' - Akmal Saleh
October 30, 2026, 10:14 am
