Berita Viral
'Korang pakai SOP apa ini?', orang ramai berang kontraktor turap jalan waktu puncak di MRR2
KUALA LUMPUR 3 NOVEMBER – Pagi yang sepatutnya dimulakan dengan langkah gembira menuju ke tempat kerja berubah menjadi mimpi ngeri buat ribuan pengguna jalan raya apabila kerja-kerja menurap jalan dijalankan secara terbuka pada waktu puncak di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
Tindakan kontraktor terbabit mencetuskan kemarahan ramai selepas laluan utama itu mengalami kesesakan luar biasa sejak awal pagi, mengundang pelbagai reaksi, termasuk perkongsian video berdurasi singkat yang memaparkan jentera berat merentangi laluan sibuk berkenaan.
Keadaan mula meruncing sekitar jam 6.30 pagi apabila laluan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menghala ke Lotus Ampang serta kawasan Pandan Indah dilapor lumpuh sama sekali.
Kenderaan berat seperti mesin penggelek jalan kelihatan beroperasi di tengah-tengah kesibukan trafik, sekali gus memperlahankan pergerakan kenderaan lain dan memaksa orang ramai terperangkap dalam kesesakan yang memakan masa lebih sejam.
"Macam c****i. Dari jam 6.30 siak.. apa SOP korang pakai ni? Waktu puncak pun tak setel," luah seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Ujangdeniall di platform Threads.
Keluhan senada turut dikongsi oleh Ameer Hafizz yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak masuk akal kerana dilakukan ketika warga kota sedang berkejar untuk mencari rezeki.
"Dari 6:30 pagi sampai pukul 7:30 pagi dari TBS menghala ke Lotus Ampang jem teruk, tak lawak tau buat jalan pagi-pagi buta ni orang tengah sesak nak pergi kerja," katanya dalam kemas kini di laman maya.
Seorang lagi pengguna, Misyu9512, turut melahirkan rasa kecewa terhadap pihak berwajib dan kontraktor yang gagal merancang jadual kerja dengan lebih efisien tanpa menyusahkan orang ramai.
"Nak tanya lah kontraktor mana yang turap jalan, tutup jalan waktu-waktu *peak hour* ni? Rumah dari Pandan Indah nak ke MRR2, tak boleh nak brain tutup jalan time orang nak pergi kerja!" ujarnya geram.
Insiden ini sekali lagi membangkitkan persoalan tentang pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh pihak kontraktor serta penguatkuasaan jadual kerja penyelenggaraan infrastruktur awam.
Pengguna jalan raya berharap agar pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) lebih prihatin dalam menetapkan waktu kerja pada masa hadapan bagi mengelakkan tekanan mental kepada rakyat yang berdepan masalah trafik setiap pagi.
Berita berkaitan
November 3, 2026, 8:19 pm
Wanita dirempuh kereta semasa membeli-belah barangan dapur
November 3, 2026, 6:24 pm
Lelaki 'baran' persoal tulisan jawi di papan tanda nama jalan
November 3, 2026, 11:31 am
Wanita mohon cari adik hilang, remaja 13 tahun dipercayai dilarikan lelaki naik motosikal
November 2, 2026, 5:50 pm
Lelaki kemalangan disyaki kesan pengaruh 'piu-piu'
November 2, 2026, 12:16 pm
Detik cemas penunggang motosikal terbakar di stesen minyak
October 30, 2026, 7:48 pm
Tindakan pelanggan cuci tangan atas lantai dalam restoran dikecam ramai
October 29, 2026, 11:49 am
Lelaki hisap rokok, cabut pelekat tabung dalam masjid dipercayai OKU mental di Kelantan
October 28, 2026, 4:10 pm
'Memang minta kena viral', pemandu Hilux didakwa sengaja pasang bendera Malaysia terbalik
October 28, 2026, 3:22 pm
