Berita Viral
Wanita mohon cari adik hilang, remaja 13 tahun dipercayai dilarikan lelaki naik motosikal
KUALA LUMPUR 3 NOVEMBER – Hati ibu bapa mana yang tidak remuk apabila anak berusia 13 tahun hilang dari pangkuan tanpa jejak sejak 48 jam lalu.
Kehilangan misteri Nur Ainnun Mardhiah dari kediamannya di Blok 62, PPR Wangsa Sari, Seksyen 1, Wangsa Maju kini mencetuskan kebimbangan ahli keluarga serta masyarakat setempat.
Lebih menggerunkan, mangsa dipercayai dilihat beredar bersama seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss berwarna biru hitam dengan nombor pendaftaran bermula huruf BGD.
Menurut sumber keluarga mangsa, petunjuk baharu turut mengaitkan kemungkinan remaja berkenaan berada di sekitar Shah Alam, khususnya kawasan Seksyen 13 dan Seksyen 20.
"Adik saya baru berusia 13 tahun. Sudah 48 jam berlalu dan kami sekeluarga tidak tenteram memikirkan keselamatannya. Kami cuma mahu dia pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga," luah kakak mangsa dalam satu hantaran penuh sebak di media sosial.
Tambah beliau lagi, orang ramai yang berada di sekitar lokasi kejadian mahupun kawasan dikesan diseru agar menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) atau kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan masing-masing.
"Sekiranya ada sebarang maklumat walaupun nampak kecil atau tidak pasti, tolong jangan simpan sendiri. Segera maklumkan kepada pihak berkuasa atau terus hubungi kami," katanya.
Berdasarkan maklumat poster kehilangan, Nur Ainnun Mardhiah berketinggian sekitar 150 sentimeter, berkulit cerah dengan bentuk badan sederhana.
Semasa kejadian, pakaian terakhir yang dipakai oleh mangsa masih belum dapat dipastikan.
Sehubungan itu, pihak keluarga memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung keberadaan remaja tersebut untuk terus menghubungi bapa mangsa di talian +60 14-879 9600 atau kakaknya di talian +60 11-1900 3457 atau melaporkannya di balai polis berdekatan dengan kadar segera.
Berita berkaitan
November 3, 2026, 8:19 pm
Wanita dirempuh kereta semasa membeli-belah barangan dapur
November 3, 2026, 6:24 pm
Lelaki 'baran' persoal tulisan jawi di papan tanda nama jalan
November 3, 2026, 9:34 am
'Korang pakai SOP apa ini?', orang ramai berang kontraktor turap jalan waktu puncak di MRR2
November 2, 2026, 5:50 pm
Lelaki kemalangan disyaki kesan pengaruh 'piu-piu'
November 2, 2026, 12:16 pm
Detik cemas penunggang motosikal terbakar di stesen minyak
October 30, 2026, 7:48 pm
Tindakan pelanggan cuci tangan atas lantai dalam restoran dikecam ramai
October 29, 2026, 11:49 am
Lelaki hisap rokok, cabut pelekat tabung dalam masjid dipercayai OKU mental di Kelantan
October 28, 2026, 4:10 pm
'Memang minta kena viral', pemandu Hilux didakwa sengaja pasang bendera Malaysia terbalik
October 28, 2026, 3:22 pm
