TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Lelaki 'baran' persoal tulisan jawi di papan tanda nama jalan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 3 NOVEMBER - Tindakan biadab seorang lelaki mempertikaikan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda jalan baru-baru ini mengundang rasa kurang senang serta mencetuskan kemarahan warganet di alam maya.

Menerusi rakaman berdurasi beberapa saat yang tular di pelbagai platform media sosial, individu terbabit dilihat sengaja merakam papan tanda jalan bertulis 'Lorong Aman 5' sambil mengeluarkan kata-kata kesat dan nada tidak berpu hati terhadap tulisan warisan bangsa itu. 

Sikap tidak beradab dipamerkan warga tempatan berkenaan segera menarik perhatian ramai pihak yang mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokasi sedemikian rupa kerana dianggap sengaja mencetuskan ketidakharmonian kaum.

Gelombang kecaman hebat turut dilontarkan oleh pengguna maya termasuklah individu dikenali sebagai Gjieee yang menyifatkan tindakan itu sebagai cetek fikiran. 

Beliau menegaskan bahawa setiap negara mempunyai identiti tulisan rasmi masing-masing seperti papan tanda di Thailand, India, Korea mahupun Arab yang menggunakan tulisan negara asal mereka tanpa sebarang masalah.

Insiden terbabit sekali gus membuka mata masyarakat pelbagai lapisan agar sentiasa menghormati identiti kebudayaan serta warisan perbendaharaan kata rasmi negara ini tanpa mencetuskan sebarang isu sensitif yang boleh menggugat perpaduan sejagat.

+ - reset