Berita Berita
'Sepatutnya diraikan...' - Mahasiswa kritik kerajaan tidak wajar dikenakan tindakan disiplin – Ahmad Zahid
ALOR GAJAH 3 Nov - Universiti tidak sepatutnya mengambil tindakan disiplin terhadap mahasiswa semata-mata kerana mereka mengkritik kerajaan atau mempunyai pandangan politik yang berbeza daripada kepimpinan negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebebasan mahasiswa untuk menyuarakan pendapat perlu dihormati, malah perbezaan pandangan dalam kalangan golongan muda seharusnya diraikan selagi tidak melanggar undang-undang.
“Jika mereka hanya berbeza pendapat dan menyuarakan pandangan anak muda, pandangan itu sepatutnya diraikan dan bukannya dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program Apa Khabar Mahasiswa? bersama AZH di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, hari ini.
Program berkenaan dikendalikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan mahasiswa tetap tertakluk kepada undang-undang sedia ada, termasuk peruntukan berkaitan kesalahan jenayah, khususnya membabitkan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebebasan mahasiswa mengkritik dasar kerajaan dan menyuarakan pandangan tanpa dilabel sebagai tidak menghormati kepimpinan atau tidak patriotik.
Sebelum ini, Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa undang-undang baharu yang bakal menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tidak boleh memperkenalkan sekatan baharu terhadap mahasiswa mahupun ahli akademik.
Menurutnya, perbahasan mengenai AUKU tidak lagi sepatutnya tertumpu kepada persoalan sama ada akta berkenaan perlu dikekalkan atau dimansuhkan kerana kerajaan sudah membuat keputusan untuk memansuhkannya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini turut mengumumkan hasrat kerajaan untuk memansuhkan AUKU bagi membuka ruang demokrasi dan memberikan kebebasan lebih luas kepada mahasiswa.
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira memorandum serta pandangan kepimpinan mahasiswa yang menuntut perubahan menyeluruh terhadap akta berkenaan.
Berita berkaitan
November 3, 2026, 10:41 pm
2,504 guru kanan hilang kelayakan elaun RM120, bayaran dihentikan mulai bulan ini - KPM
November 3, 2026, 10:20 pm
‘Terima kasih Mahsuri, tanpa biasiswa mungkin perlu bayar RM60,000’ – Penerima tajaan ChefMuda 2026
November 3, 2026, 8:12 pm
Tiada pemain JDT disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya menentang China, Yemen
November 3, 2026, 8:06 pm
Lebih RM300,000 disalurkan bantu kebajikan, pendidikan masyarakat India di Bagan Datuk
November 3, 2026, 8:03 pm
JAIS cari pemilik premis simpanan 6.5 tan ayam disembelih secara elektrik di Puchong
November 3, 2026, 7:59 pm
Projek jalan luar bandar Sabah, Sarawak tidak dibatalkan, hanya ditangguhkan
November 3, 2026, 7:42 pm
'Kalau rakyat tak bagi Rohingya sewa, insya-ALLAH dapat jaga keharmonian' - Exco Kelantan
November 3, 2026, 7:36 pm
