Berita Berita
'Kalau rakyat tak bagi Rohingya sewa, insya-ALLAH dapat jaga keharmonian' - Exco Kelantan
KOTA BHARU 3 Nov – Kerajaan Kelantan sedang mempertimbangkan cadangan memperkenalkan garis panduan bagi mengawal tindakan pemilik hartanah menyewakan rumah dan tanah kepada warga asing termasuk etnik Rohingya.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bagi meneliti kaedah yang sesuai untuk dilaksanakan.
Menurutnya, langkah berkenaan antara usaha kerajaan negeri untuk mengelakkan pembentukan kelompok atau penempatan tertumpu warga asing yang dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian masyarakat setempat.
“Kami kemungkinan menimbang untuk wujudkan garis panduan hal ini dan perlu bincang dengan PTG.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, pada Isnin.
Hilmi berkata, kerjasama dan kesedaran pemilik hartanah amat penting memandangkan keputusan untuk menyewakan rumah atau tanah terletak pada pemilik masing-masing.
“Kempen ini akhirnya kembali kepada rakyat.
“Rakyat perlu ada kesedaran, kalau tak bagi sewa, insya-ALLAH dapat jaga keharmonian sebab kita tak nak wujud kelompok atau koloni kerana akan mengganggu masyarakat,” ujar beliau.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan kerajaan negeri berdepan kekangan untuk mengawal urusan penyewaan kerana terdapat perbezaan dari sudut perundangan antara sewaan dan pajakan tanah.
Katanya, perjanjian sewa bagi tempoh kurang tiga tahun tidak memerlukan pendaftaran di pejabat tanah, manakala urusan pajakan perlu melalui proses pendaftaran serta mendapatkan kebenaran pihak berkuasa negeri.
Keadaan itu menyebabkan pemilik hartanah masih mempunyai hak untuk menentukan pihak yang menyewa tanah atau rumah mereka.
Hilmi turut menjelaskan bahawa isu melibatkan etnik Rohingya tidak boleh disamakan dengan warga asing lain termasuk pekerja Bangladesh kerana terdapat perbezaan dari segi latar belakang dan status mereka.
Sementara itu, beliau mendedahkan terdapat pekerja asing yang mempunyai permit kerja sah tetapi menjalankan aktiviti perniagaan menggunakan lesen yang didaftarkan atas nama rakyat tempatan.
Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan terhadap premis perniagaan yang didapati beroperasi di bawah penguasaan warga asing tanpa mematuhi syarat pelesenan.
Berdasarkan statistik Bahagian Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), sebanyak 47 premis perniagaan melibatkan warga asing dikenakan tindakan kompaun dan sita bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.
Daripada jumlah itu, warganegara Pakistan merekodkan jumlah tertinggi membabitkan 29 premis, diikuti Aceh sebanyak 10 premis, manakala Bangladesh dan Rohingya mencatatkan lapan premis.
“Antara kesalahan utama adalah beroperasi tanpa lesen sah dengan 25 kes, selain 24 kes kesalahan tiada lesen iklan.
“Pihak berkuasa turut mengenakan 21 kes atas kesalahan melanggar syarat lesen serta sembilan tindakan sitaan,” katanya Hilmi.
Berita berkaitan
November 3, 2026, 10:41 pm
2,504 guru kanan hilang kelayakan elaun RM120, bayaran dihentikan mulai bulan ini - KPM
November 3, 2026, 10:20 pm
‘Terima kasih Mahsuri, tanpa biasiswa mungkin perlu bayar RM60,000’ – Penerima tajaan ChefMuda 2026
November 3, 2026, 8:12 pm
Tiada pemain JDT disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya menentang China, Yemen
November 3, 2026, 8:06 pm
Lebih RM300,000 disalurkan bantu kebajikan, pendidikan masyarakat India di Bagan Datuk
November 3, 2026, 8:03 pm
JAIS cari pemilik premis simpanan 6.5 tan ayam disembelih secara elektrik di Puchong
November 3, 2026, 7:59 pm
Projek jalan luar bandar Sabah, Sarawak tidak dibatalkan, hanya ditangguhkan
November 3, 2026, 7:36 pm
