Berita Berita
JAIS cari pemilik premis simpanan 6.5 tan ayam disembelih secara elektrik di Puchong
KUALA LUMPUR, 3 Nov. – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mengesan pemilik dan syarikat berdaftar sebuah gudang di Puchong susulan rampasan lebih 6.5 tan ayam mentah yang tidak memenuhi syarat pensijilan halal.
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad memaklumkan bahawa agensi terbabit bekerjasama dengan Pejabat Daerah dan Tanah bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai entiti berdaftar serta pemilik sebenar premis berkenaan.
Hasil siasatan awal mendapati premis terbabit beroperasi tanpa papan tanda perniagaan yang sah, tiada rekod permohonan pensijilan halal, serta tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal.
Shahzihan turut mengesahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak pernah mengeluarkan Sijil Penyembelih bagi sebarang aktiviti penyembelihan di lokasi terbabit, di samping mengesan penglibatan lebih daripada satu syarikat atau entiti dalam operasi premis berkenaan.
Dalam serbuan pada 30 Oktober lalu, seramai 12 lelaki warga asing yang terdiri daripada warga Bangladesh dan Pakistan ditahan selepas pemeriksaan mendapati bekalan ayam terbabit dikenakan kejutan elektrik terlebih dahulu sebelum disembelih.
Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Perihal Dagangan (Takrif Halal) dan Seksyen 121F Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) yang memperuntukkan hukuman denda serta penjara. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 3, 2026, 10:41 pm
2,504 guru kanan hilang kelayakan elaun RM120, bayaran dihentikan mulai bulan ini - KPM
November 3, 2026, 10:20 pm
‘Terima kasih Mahsuri, tanpa biasiswa mungkin perlu bayar RM60,000’ – Penerima tajaan ChefMuda 2026
November 3, 2026, 8:12 pm
Tiada pemain JDT disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya menentang China, Yemen
November 3, 2026, 8:06 pm
Lebih RM300,000 disalurkan bantu kebajikan, pendidikan masyarakat India di Bagan Datuk
November 3, 2026, 7:59 pm
Projek jalan luar bandar Sabah, Sarawak tidak dibatalkan, hanya ditangguhkan
November 3, 2026, 7:42 pm
'Kalau rakyat tak bagi Rohingya sewa, insya-ALLAH dapat jaga keharmonian' - Exco Kelantan
November 3, 2026, 7:36 pm
