Berita Viral
Peniaga jual ayam bekas gigitan tikus di Pudu?
KUALA LUMPUR 10 NOVEMBER – Tindakan sebuah premis perniagaan di kawasan Pudu yang didakwa menjual ayam mentah dalam keadaan kotor dan dihinggapi haiwan perosak mencetuskan kemarahan serta rasa jijik dalam kalangan orang ramai.
Premis berkenaan menjadi tular selepas rakaman siaran langsung menunjukkan beberapa ekor tikus sedang meratah ayam mentah yang direndam di dalam tong tangki air berwarna hitam.
Isu tersebut mula mendapat perhatian ramai apabila seorang pengguna platform Threads berkongsi maklumat mengenai kejadian itu dan meluahkan kebimbangan jika ayam yang tercemar berkenaan sudah pun dibeli serta dijamu oleh pengguna sebelum ini.
Situasi berkenaan bertambah gempar selepas pempengaruh media sosial, Zarif Syarafuddin, membuat tinjauan mengejut ke lokasi terbabit menerusi siaran langsung di TikTok bersama beberapa rekanya.
Dalam tinjauan berkenaan, ratusan ekor ayam mentah dilihat direndam di dalam beberapa tong tangki hitam yang turut menjadi sarang tikus meratah daging-daging tersebut.
Sebaik sahaja menyedari kehadiran orang ramai yang membuat rakaman, pekerja asing di premis itu bertindak tergesa-gesa menutup pintu kedai.
Siaran langsung itu turut merakam perbualan bersama seorang lelaki yang mendakwa bertugas sebagai penghantar stok ayam bagi pihak lain.
Pendedahan itu mencetuskan persoalan serius mengenai tahap kebersihan serta status halal produk mentah yang dipasarkan di premis berkenaan.
Pencemaran daripada tikus berisiko tinggi menyebarkan bakteria berbahaya seperti penyakit kencing tikus yang boleh membawa maut.
Perkembangan ini mendorong netizen mendesak pihak berkuasa agar segera turun padang membuat pemeriksaan dan mengenakan tindakan tegas sekiranya premis tersebut terbukti melanggar undang-undang kebersihan awam.
Kebanyakan pengguna media sosial turut meluahkan kebimbangan jika bekalan ayam terjejas itu disalurkan ke pasar awam atau pasar raya berdekatan tanpa bungkusan yang sempurna.
Berita berkaitan
November 10, 2026, 10:50 am
'Siap letak kon halang kereta', ulat tiket kembali di kawasan parkir MRT Maluri?
November 10, 2026, 9:34 am
Bapa dipercayai sanggup tinggal anak tepi jalan hingga cedera kejar kereta di Nilai
November 6, 2026, 11:31 am
Video pemuda isytihar keluar Islam tular, warganet gesa JAKIM turun tangan
November 5, 2026, 7:42 pm
Peniaga dakwa hampir ditikam susulan isu persaingan jualan tauhu crispy
November 5, 2026, 6:09 pm
Warga Bangladesh didakwa jalankan khidmat kereta sapu, hidup mewah cetus persoalan ramai
November 5, 2026, 4:13 pm
Sistem tol tergendala, 100 buah kereta dipercayai terkandas di lebuh raya Dash
November 5, 2026, 11:11 am
Makan sampai licin, lelaki pasrah jumpa lintah bulan dalam nasi lemak
November 4, 2026, 3:34 pm
Jemaah Malaysia dipercayai jadi mangsa 'pick poclet' di Makkah
November 3, 2026, 8:19 pm
