TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Jemaah Malaysia dipercayai jadi mangsa 'pick poclet' di Makkah

By
|
Kongsi
image

MAKKAH 4 SEPTEMBER – Ketika sibuk menjelaskan bayaran di kaunter, seorang jemaah Malaysia tidak menyedari dompetnya menjadi mangsa penyeluk saku yang bertindak bersahaja di sebelahnya.

Kejadian itu berlaku di sebuah kedai berhampiran Hotel Sawaed Al-Khair, di sini, pada kira-kira 8.55 malam Selasa lalu (3 November). 

Rakaman video yang tular di media sosial memaparkan detik suspek menutup tangannya dengan sehelai sejadah sebelum menyeluk ke arah mangsa.

Menurut perkongsian seorang jemaah, Mkhairzman.mf, di Threads, mangsa ialah rakan sebiliknya sepanjang berada di Tanah Suci. 

Beliau memaklumkan kejadian berlaku ketika lelaki itu leka membuat pembayaran bagi barangan yang dibeli.

"Kejadian berlaku ketika mangsa sedang membuat pembayaran terhadap barang yang dibeli. Suspek berkenaan menggunakan sejadah untuk menutupi tangannya sebelum melakukan pencurian 'pick pocket'," katanya dalam hantaran itu.

Beliau turut menzahirkan kerisauan mengenai langkah susulan yang wajar diambil oleh mangsa. 
"Apa tindakan yang perlu dibuat dan adakah cara untuk perkara begini?" soalnya, merujuk kepada kebimbangan jemaah lain yang mungkin berdepan nasib serupa.

Teknik menggunakan kain atau sejadah sebagai penutup tangan bukan perkara baharu di kawasan tumpuan ramai. 

Sehingga kini, tiada maklumat lanjut mengenai identiti suspek atau sama ada laporan rasmi telah dibuat oleh mangsa.

+ - reset