Berita Viral
Parkir MRT Kwasa Damansara ditenggelami banjir
PETALING JAYA 11 NOVEMBER – Hujan lebat yang melanda awal pagi mencetuskan detik mencemaskan buat pengguna Transit Aliran Massa (MRT) apabila kawasan parkir Stesen MRT Kwasa Damansara dinaiki air sehingga beberapa kenderaan dikelilingi banjir.
Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 7.20 pagi itu mula mendapat perhatian selepas seorang pengguna Threads, @evil.dr.porkchopp berkongsi beberapa keping gambar memaparkan keadaan kawasan parkir berkenaan yang ditenggelami air.
Situasi tersebut mengundang kebimbangan dalam kalangan pemilik kenderaan, khususnya mereka yang meninggalkan kereta di lokasi itu sebelum meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan MRT.
Seorang pengguna Threads, @ahtzumae antara yang meluahkan rasa risau selepas menyedari kenderaannya turut berada di kawasan terbabit.
“Aduh, saya parkir di stesen ini pagi tadi. Tengok gambar ini, risau betul. Harap air itu tidak naik lebih tinggi,” katanya menerusi ruangan komen.
Bagaimanapun, keadaan dilaporkan kembali reda apabila paras air di kawasan berkenaan mula surut menjelang pukul 9.30 pagi.
Pengguna sama dalam perkongsian terbaharu memaklumkan hujan masih turun renyai-renyai, namun keadaan parkir tidak lagi seperti sebelumnya.
Malah, dia terpaksa berpatah balik ke Stesen MRT Kwasa Damansara selepas tiba di kawasan 118 bagi mendapatkan semula kenderaannya.
“Air sudah surut, tetapi hujan masih renyai-renyai. Sambung bekerja dari rumah. Tadi sudah sampai 118, kemudian berpatah balik ke MRT Kwasa Damansara,” katanya.
Perkongsian itu turut disertakan gambar terkini yang menunjukkan kawasan parkir berkenaan sudah bebas daripada limpahan air yang berlaku pada awal pagi.
Dalam pada itu, kejadian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang bimbang dengan risiko banjir kilat di sekitar Selangor.
Seorang pengguna, @tushihawary menyifatkan keadaan itu membimbangkan kerana banjir dilihat mudah berlaku di negeri berkenaan.
“Ya Tuhan, risau. Mudah sangat berlaku banjir di Selangor ini,” katanya.
Seorang lagi pengguna, @chemurad berharap paras air tidak kembali meningkat sehingga mengakibatkan kerosakan terhadap kenderaan yang diletakkan di situ.
“Semoga air tidak naik lagi. Inilah sebabnya perlindungan bencana khas sudah menjadi keperluan walaupun tinggal di Lembah Klang,” katanya.
Sementara itu, @wwyeenkhalid mendakwa kejadian sama pernah berlaku di kawasan parkir berkenaan pada tahun lalu, malah situasinya ketika itu dikatakan lebih buruk.
“Tahun lepas lebih teruk, kebanyakan kereta sampai tidak nampak tayar, tetapi di barisan paling hujung sahaja,” katanya.
Insiden terbaharu itu sekali lagi mencetuskan kebimbangan pengguna terhadap risiko banjir kilat di kawasan parkir terbuka, terutama ketika hujan lebat melanda sekitar Lembah Klang.
Berita berkaitan
November 11, 2026, 5:33 pm
'Tak rasa bersalah ke', orang ramai kongsi keadaan sungai dipenuhi sampah berikat
November 11, 2026, 2:53 pm
Bertarung nyawa naik bot ke sekolah, buaya pula menanti di sungai
November 10, 2026, 1:25 pm
Peniaga jual ayam bekas gigitan tikus di Pudu?
November 10, 2026, 10:50 am
'Siap letak kon halang kereta', ulat tiket kembali di kawasan parkir MRT Maluri?
November 10, 2026, 9:34 am
Bapa dipercayai sanggup tinggal anak tepi jalan hingga cedera kejar kereta di Nilai
November 6, 2026, 11:31 am
Video pemuda isytihar keluar Islam tular, warganet gesa JAKIM turun tangan
November 5, 2026, 7:42 pm
Peniaga dakwa hampir ditikam susulan isu persaingan jualan tauhu crispy
November 5, 2026, 6:09 pm
Warga Bangladesh didakwa jalankan khidmat kereta sapu, hidup mewah cetus persoalan ramai
November 5, 2026, 4:13 pm
