Berita Viral
Bertarung nyawa naik bot ke sekolah, buaya pula menanti di sungai
KOTA KINABALU 11 NOVEMBER - Perjalanan ke sekolah yang sepatutnya menjadi rutin harian seorang kanak-kanak bertukar cabaran apabila terpaksa menaiki bot merentasi sungai yang didakwa menjadi habitat buaya.
Situasi mencemaskan itu dikongsikan seorang wanita yang dikenali sebagai LabuHitam menerusi platform Threads, selepas menyaksikan sendiri anak saudaranya berdepan risiko berkenaan setiap kali mahu ke sekolah.
Menerusi perkongsian tersebut, wanita berkenaan meluahkan rasa sebak dan bimbang mengenangkan keselamatan anak saudaranya yang perlu menggunakan pengangkutan air sebagai laluan untuk mendapatkan pendidikan.
"Allahu.. Bertarung Nyawa Anak Sedara Saya Pergi Sekolah Hari2. Dengan naik Botnya pastu dengan Buaya tengah menunggu," tulisnya.
Perkongsian itu turut disertakan rakaman yang memperlihatkan kawasan perairan luas dengan deretan kediaman di sepanjang tebing sungai, selain sebuah bot kecil yang melalui laluan berkenaan.
Keadaan itu sekali gus memberikan gambaran cabaran yang perlu ditempuh penduduk setempat, khususnya kanak-kanak yang bergantung kepada pengangkutan air untuk meneruskan persekolahan.
Lebih membimbangkan, dakwaan mengenai kehadiran buaya di kawasan perairan terbabit menambahkan lagi risiko perjalanan, sekali gus mengundang kebimbangan terhadap keselamatan mereka.
Situasi berkenaan turut mencetuskan rasa simpati dalam kalangan pengguna media sosial yang melihat kesukaran dilalui kanak-kanak berkenaan demi mendapatkan pendidikan.
Bagi mereka, perjalanan ke sekolah mungkin sekadar rutin biasa, namun bagi sesetengah kanak-kanak di kawasan pedalaman, ia memerlukan keberanian apabila terpaksa berdepan pelbagai cabaran termasuk ancaman haiwan liar.
Berita berkaitan
November 11, 2026, 5:33 pm
'Tak rasa bersalah ke', orang ramai kongsi keadaan sungai dipenuhi sampah berikat
November 11, 2026, 11:33 am
Parkir MRT Kwasa Damansara ditenggelami banjir
November 10, 2026, 1:25 pm
Peniaga jual ayam bekas gigitan tikus di Pudu?
November 10, 2026, 10:50 am
'Siap letak kon halang kereta', ulat tiket kembali di kawasan parkir MRT Maluri?
November 10, 2026, 9:34 am
Bapa dipercayai sanggup tinggal anak tepi jalan hingga cedera kejar kereta di Nilai
November 6, 2026, 11:31 am
Video pemuda isytihar keluar Islam tular, warganet gesa JAKIM turun tangan
November 5, 2026, 7:42 pm
Peniaga dakwa hampir ditikam susulan isu persaingan jualan tauhu crispy
November 5, 2026, 6:09 pm
Warga Bangladesh didakwa jalankan khidmat kereta sapu, hidup mewah cetus persoalan ramai
November 5, 2026, 4:13 pm
