Berita Viral
'Islam lemah, rakyat Sabah Sarawak dipaksa cakap Melayu’, podcast warga Korea cetus kemarahan ramai
KUALA LUMPUR 20 NOVEMBER - Hanya kira-kira 36 saat, tetapi cukup untuk membuatkan ramai rakyat Malaysia naik berang.
Klip pendek sebuah podcast sejarah dari Korea Selatan kini tular dikongsi di media sosial, selepas seorang panelisnya menggambarkan Islam di Sabah dan Sarawak sebagai ‘lemah’ serta mendakwa penduduk di Borneo dipaksa bertutur dalam bahasa Melayu.
Kenyataan itu dibuat dalam segmen podcast BODA bertajuk Why Does Malaysia's Territory Look Like This? (Was It Britain Again?), yang membincangkan bagaimana Semenanjung Malaysia dan Borneo bersatu di bawah satu pemerintahan.
Panelis berkenaan, yang tidak dikenali dalam klip itu, berkongsi pandangannya sambil paparan peta Sabah dan Sarawak ditayangkan di skrin.
“Islam itu lemah. Tiada sultan di sana,” katanya, berdasarkan terjemahan sari kata Inggeris yang dalam video itu.
Beliau kemudian menyentuh Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, binaan berkubah biru yang terkenal sebagai masjid terapung di Likas.
Menurutnya, rumah ibadat itu dibina oleh kerajaan, namun terdapat penduduk setempat yang tidak beragama atau menganut Kristian.
“Mereka dipaksa memeluk Islam. Sebab itulah wujud penentangan berterusan sejak awal lagi,” katanya.
Tidak berhenti di situ, panelis tersebut turut menyentuh soal bahasa. Katanya, masyarakat di Borneo asalnya tidak bertutur dalam bahasa Melayu dan memiliki bahasa tersendiri.
“Mereka menggunakan bahasa sendiri, tetapi dipaksa mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan melalui pendidikan,” katanya.
Dakwaan berkenaan serta-merta mengundang reaksi di platform media sosial, dengan sebahagian warganet mempersoalkan kesahihan fakta yang dikemukakan dalam rancangan dari negara Asia Timur itu.
Tontonan klip tersebut juga terus meningkat apabila dimuat naik semula oleh pelbagai akaun.
Hakikatnya, Islam ialah agama rasmi Malaysia, sementara komuniti Cina dan India yang besar turut menganuti agama lain.
Dalam pada itu, kumpulan hak anak jati di Sabah dan Sarawak pernah menegaskan bahawa kedua-dua wilayah itu menyertai Malaysia menerusi Perjanjian Malaysia 1963 dengan jaminan hak agama dan budaya mereka dihormati.
Sabah dan Sarawak juga dilaporkan tidak terikat dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 bagi urusan rasmi.
Berita berkaitan
November 20, 2026, 12:53 pm
Pemandu warga asing dikejar dipercayai rempuh sekumpulan penunggang motosikal di KL
November 20, 2026, 10:59 am
Malim gunung didakwa ugut wanita supaya jadi kekasih, ancam tinggal di tengah hutan di Gunung Gap Gus
November 20, 2026, 9:52 am
'Amboi siap hon lagi itu', pemandu langgar lampu merah di kawasan sekolah terima kecaman ramai
November 19, 2026, 4:08 pm
Arus deras sungai melimpah masuk kebun, penduduk kampung Kampung Parit Mahang cemas
November 19, 2026, 9:35 am
'Lari nampak CCTV', warga asing disyaki menyamar jadi tetamu 'homestay' untuk pecah masuk rumah
November 18, 2026, 5:43 pm
Lori remuk dihempap pokok tumbang, penunggang motosikal maut di Rawang
November 18, 2026, 12:53 pm
Suasana kecoh dekat LRT Pandan Jaya, netizen dakwa jumpa mayat
November 18, 2026, 11:43 am
