Berita Sukan
Menang mudah, Zii Jia mara ke pusingan 16 terbaik Olimpik

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Kemenangan jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia ke atas pasukan Sepanyol, Pablo Abian semalam melayakkan Malaysia mara ke pusingan 16 terbaik Sukan Olimpik Paris 2024.
Mata kemenangan yang berjaya diperoleh Zii Jia adalah 21-10, 21-13.
Set pertama menyaksikan perlawanan seimbang, namun Zii Jia menggunakan pengalamannya menewaskan Albian.
Albian, 39 yang cuba bangkit pada set kedua bermula dengan baik namun tidak mampu menahan asakan daripada Zii Jia, 26, yang berada pada kedudukan ke-7 dunia.
Zii Jia seterusnya akan menentang sama ada Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia atau Toma Junior Popov dari Perancis untuk menempah tempat pada peringkat suku akhir.
Juara All England 2021 itu memulakan persaingan Olimpiknya kali ini di ibu negara Perancis dengan kemenangan 21-14, 21-12 menentang Viren Nentasinghe dari Sri Lanka pada Ahad. Abian menewaskan Viren 21-9, 21-19 semalam.
Zii Jia membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik Tokyo 202, di mana beliau tewas kepada pemain China, Chen Long pada pusingan 16 terbaik.
Awal hari ini, pemain perseorangan wanita negara Goh Jin Wei tersingkir selepas kalah menentang Kim Ga Eun dari Korea Selatan dalam perlawanan terakhir Kumpulan H.
Pemain berusia 24 tahun itu, yang menduduki kedudukan ke-32 dunia, tewas 17-21, 22-20, 21-23 dalam tempoh 65 minit.
Berita berkaitan
April 30, 2025, 3:40 pm
Tiada cuti panjang buat Arif Aiman
April 27, 2025, 9:36 am
Hampir muflis punca Perak FC terkubur
April 20, 2025, 2:55 pm
Faisal Halim patah hidung kena siku kapten PDRM
April 17, 2025, 4:59 pm
TMJ bidas pemain mudah terpengaruh nasihat tidak berasas
April 17, 2025, 1:38 pm
JDT tamat saingan Liga Super tanpa kalah, 11 kali juara berturut-turut
April 16, 2025, 1:13 pm
Final Piala Malaysia: Sambutan dingin jualan tiket, penyokong JDT kurang berminat ke Bukit Jalil
April 15, 2025, 1:37 pm
JDT terus dominasi bola sepak negara, catat musim 2024–2025 penuh gemilang
April 11, 2025, 2:43 pm
Bidoglio fokus lawan Kuching City dahulu, bukan final Piala Malaysia
April 11, 2025, 12:56 pm