Berita Sukan
Bidoglio fokus lawan Kuching City dahulu, bukan final Piala Malaysia
JOHOR BAHRU 11 April - Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio enggan terlalu memikirkan aksi final Piala Malaysia menentang Sri Pahang FC, sebaliknya mahu memberi sepenuh tumpuan kepada perlawanan terakhir Liga Super menentang Kuching City FC pada Rabu ini.
Menurut jurulatih dari Argentina itu, beliau lebih selesa mengambil pendekatan satu perlawanan pada satu masa, walaupun final Piala Malaysia pada 26 April nanti menjadi tumpuan ramai.
“Kami fokus pada aksi menentang Kuching City terlebih dahulu. Mereka bukan lawan mudah kerana prestasi mereka semakin baik,” katanya selepas JDT membelasah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 9-0 di Stadium Sultan Ibrahim, malam Khamis.
Kemenangan besar itu menyaksikan JDT terus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super musim ini.
Bidoglio turut memuji pemain-pemainnya yang kekal konsisten dan berdisiplin tinggi, meskipun menentang pasukan di kedudukan tercorot.
“Saya gembira dengan keberkesanan set-piece kami. Semua perancangan berjaya dilaksanakan dengan baik,” ujarnya.
Mengulas mengenai lima jaringan yang dihasilkan Bergson da Silva dalam babak pertama, Bidoglio menyifatkan penyerang Brazil itu bukan sahaja tajam di depan gol, malah memiliki etika kerja dan semangat berpasukan yang tinggi.
“Bergson bukan sekadar penjaring. Dia bantu tekan pertahanan lawan dan cipta ruang untuk rakan sepasukan. Saya mahu dia terus fokus kepada permainan berpasukan.”
JDT kini hanya satu langkah lagi untuk menamatkan kempen Liga Super dengan rekod sempurna sebelum mengalihkan fokus kepada misi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia. - Media Telus
Berita berkaitan
December 17, 2025, 6:33 pm
Sukan SEA: Miki Ghazali tumpaskan Thailand, hadiahkan emas buat negara acara Muay Thai 57kg
December 17, 2025, 1:31 pm
FIFA isytihar Malaysia kalah 3-0 dalam tiga perlawanan antarabangsa tier 1
December 15, 2025, 10:42 am
Media Thailand terkejut dominasi sepak takraw regu berpasukan berakhir, Malaysia raih emas bersejarah
December 15, 2025, 10:29 am
Kem badminton negara masih perlukan Rexy Mainaky – Tengku Zafrul
December 13, 2025, 11:45 am
Ketiadaan Figueiredo jejaskan jentera serangan JDT jelang final Piala FA
December 10, 2025, 2:01 pm
Kemboja tarik diri daripada Sukan SEA susulan konflik dengan Thailand
December 10, 2025, 11:38 am
Xisco bangga prestasi JDT walau terikat tanpa jaringan dengan Shanghai Port FC
December 8, 2025, 8:24 pm
JDT sedia buat Shanghai Port ‘merana’ di SSI
December 2, 2025, 9:30 am
FIFPro kecam hukuman FIFA terhadap tujuh pemain warisan, anggap terlalu keterlaluan
December 1, 2025, 11:49 am
