Berita Sukan
Tiada cuti panjang buat Arif Aiman
KUALA LUMPUR 30 April - Walaupun saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025 berakhir Sabtu lalu, tiada istilah cuti panjang buat pemain yang bakal dipanggil menyertai skuad kebangsaan Harimau Malaya.
Skuad kendalian jurulatih baharu, Peter Cklamovski, bakal berdepan ujian penting menentang Vietnam dalam aksi kedua Kumpulan F kempen kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Dengan berakhirnya kempen liga domestik, skuad negara kini berpeluang membuat persiapan rapi untuk menghadapi pasukan di ranking ke-109 dunia itu. Pertembungan ini amat penting memandangkan hanya juara kumpulan akan layak secara automatik ke kejohanan di Arab Saudi nanti.
Menurut kalendar rasmi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), tempoh perlawanan antarabangsa akan berlangsung dari 2 hingga 10 Jun, dan latihan pusat dijangka bermula pertengahan atau hujung Mei.
Pemain-pemain kebangsaan dijangka perlu berkorban waktu cuti rehat pasca liga demi tugasan negara, termasuk bintang utama Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.
“Perancangan saya? Mungkin saya kena fikirkan pasukan kebangsaan untuk perlawanan penting bertemu Vietnam pada Jun ini. Saya akan lakukan persiapan terbaik,” kata Arif Aiman.
“Cuti pun saya belum pasti bagaimana… tengoklah nanti,” katanya ketika ditemui selepas tamat saingan Liga M.
Arif dan beberapa pemain JDT lain menamatkan musim yang padat, bukan sahaja beraksi di pentas tempatan tetapi turut menyertai Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), menjadikan rehat fizikal satu keperluan yang terhad.
Ketika ini, Malaysia berada di kedudukan kedua Kumpulan F selepas kemenangan 2-0 ke atas Nepal pada 25 Mac lalu, berkongsi tiga mata dengan Vietnam yang mendahului kumpulan berdasarkan perbezaan jaringan.
Aksi menentang Vietnam di laman sendiri dijangka menjadi penentu hala tuju Harimau Malaya dalam kempen kelayakan ini, dan seluruh tumpuan kini terarah kepada persiapan pasukan kebangsaan bagi mencipta keputusan positif pada 10 Jun nanti. - Media Telus
Berita berkaitan
October 29, 2025, 11:26 am
Wan Rohaimi puas hati prestasi Penang FC walau tewas kepada JDT
October 27, 2025, 10:01 am
Mentaliti juara kunci JDT benam DPMM FC 10-0 – Xisco Munoz
October 26, 2025, 11:55 am
TMJ tegaskan kritikan terhadap dirinya dalam bola sepak bukan perkara baharu
October 21, 2025, 10:50 am
JDT sasar kemenangan pertama bertemu Chengdu Rongcheng dalam aksi ACLE
October 10, 2025, 7:32 am
Harimau Malaya benam Laos 3-0, kekal rekod sempurna
October 7, 2025, 11:43 am
FAM perlu jelaskan isu pendedahan FIFA segera – Hannah Yeoh
October 7, 2025, 8:59 am
FAM anggap laporan FIFA tidak tepat, akan kemuka rayuan rasmi
October 7, 2025, 8:50 am
FIFA kemuka bukti dokumen palsu dalam pendaftaran tujuh pemain warisan Malaysia
October 1, 2025, 3:04 pm
Ultras Malaya tuntut FAM dedah maklumat pemain warisan digantung Fifa
October 1, 2025, 1:33 pm
