Berita Sukan
Faisal Halim patah hidung kena siku kapten PDRM
KUALA LUMPUR 20 April – Pemain bola sepak sensasi negara, Faisal Halim, disahkan mengalami patah tulang hidung susulan insiden ketika perlawanan Liga Super 2024 antara Selangor FC dan PDRM FC malam tadi.
Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, pemain sayap lincah itu memuat naik imej sinar-X yang menunjukkan kecederaan dialami selepas hidungnya terkena siku kapten PDRM FC, Faith Friday Obilor pada minit ke-54 perlawanan.
Selain itu, Faisal turut berkongsi gambar luka di bahagian hidungnya kepada pengikut di media sosial.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, Selangor berjaya menewaskan PDRM dengan keputusan 2-0.
Untuk rekod, nama Faisal pernah menjadi perhatian umum pada Mei tahun lalu apabila beliau menjadi mangsa serangan di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.
Dalam kejadian itu, Faisal mengalami melecur tahap empat di beberapa bahagian badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali yang sehingga kini masih belum berjaya dikesan.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 6:33 pm
Sukan SEA: Miki Ghazali tumpaskan Thailand, hadiahkan emas buat negara acara Muay Thai 57kg
December 17, 2025, 1:31 pm
FIFA isytihar Malaysia kalah 3-0 dalam tiga perlawanan antarabangsa tier 1
December 15, 2025, 10:42 am
Media Thailand terkejut dominasi sepak takraw regu berpasukan berakhir, Malaysia raih emas bersejarah
December 15, 2025, 10:29 am
Kem badminton negara masih perlukan Rexy Mainaky – Tengku Zafrul
December 13, 2025, 11:45 am
Ketiadaan Figueiredo jejaskan jentera serangan JDT jelang final Piala FA
December 10, 2025, 2:01 pm
Kemboja tarik diri daripada Sukan SEA susulan konflik dengan Thailand
December 10, 2025, 11:38 am
Xisco bangga prestasi JDT walau terikat tanpa jaringan dengan Shanghai Port FC
December 8, 2025, 8:24 pm
JDT sedia buat Shanghai Port ‘merana’ di SSI
December 2, 2025, 9:30 am
FIFPro kecam hukuman FIFA terhadap tujuh pemain warisan, anggap terlalu keterlaluan
December 1, 2025, 11:49 am
