Berita Sukan
Perjuangan Pearly-Thinaah belum berakhir, sekurang-kurangnya pulang bawa pingat

Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 2 Ogos - Perjalanan Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah terkandas di peringkat separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 selepas tewas kepada pasangan China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, sebentar tadi.
Namun, perlawanan yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena itu bukanlah satu penamat buat pasangan beregu itu yang masih berpeluang membawa pulang pingat gangsa.
Mengharungi perlawanan tiga set dalam tempoh 78 minit, Pearly-Thinaah bermula sedikit perlahan dengan ketinggalan 12-21 pada set pertama.
Set kedua menyaksikan kebangkitan pasangan beregu wanita negara apabila meraih kemenangan 21-18 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.
Set penentuan menyasikan pertarungan sengit namun Qing Chen-Yi Fan berjaya mengawal permainan hingga menang 21-15 untuk meraih tiket ke final.
Ia kekalahan kedua Pearly-Thinaah kepada pasangan di ranking teratas dunia itu dalam Sukan Olimpik Paris selepas tewas 17-21, 20-22 pada aksi peringkat Kumpulan A, Sabtu lalu.
Pearly-Thinaah akan menentang sama ada satu lagi pasangan China, Liu Shengshu-Tan Ning atau wakil Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dalam penentuan pingat gangsa. - Media Telus
#PEARLYTHINAAH #BADMINTON #MALAYSIA #OLIMPIK
Berita berkaitan
April 30, 2025, 3:40 pm
Tiada cuti panjang buat Arif Aiman
April 27, 2025, 9:36 am
Hampir muflis punca Perak FC terkubur
April 20, 2025, 2:55 pm
Faisal Halim patah hidung kena siku kapten PDRM
April 17, 2025, 4:59 pm
TMJ bidas pemain mudah terpengaruh nasihat tidak berasas
April 17, 2025, 1:38 pm
JDT tamat saingan Liga Super tanpa kalah, 11 kali juara berturut-turut
April 16, 2025, 1:13 pm
Final Piala Malaysia: Sambutan dingin jualan tiket, penyokong JDT kurang berminat ke Bukit Jalil
April 15, 2025, 1:37 pm
JDT terus dominasi bola sepak negara, catat musim 2024–2025 penuh gemilang
April 11, 2025, 2:43 pm
Bidoglio fokus lawan Kuching City dahulu, bukan final Piala Malaysia
April 11, 2025, 12:56 pm