Berita Sukan
Tembok besar China dah roboh, emas Olimpik pertama negara makin dekat

Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 3 Ogos - Kemaraan atlet badminton negara, Lee Zii Jia ke separuh akhir sebenarnya membuka harapan besar buat negara memperoleh emas pertama di Sukan Olimpik Paris 2024.
Zii Jia yang merupakan pilihan ke tujuh menewaskan pilihan keempat temasya, Anders Antonsen dari Denmark 21-17, 21-15.
Menariknya, pemain pilihan pertama Olimpik Paris 2024, Shi Yuqi juga tewas mengejut kepada pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn.
Ini bermakna, Zii Jia akan bertemu Vitidsarn di separuh akhir dan besar kemungkinan atlet negara mampu menewaskan pemain Thailand itu.
Penghalang terbesar negara untuk memperoleh emas Olimpik pertama mungkin boleh diganggu oleh penyandang pingat Olimpik, Viktor Axelsen (Denmark).
Axelsen akan bertemu pemain India Lakshya Sen yang sebelum itu membuat kejutan apabila menewaskan pemain Taiwan, Chou Tien Chen.
Melihat kepada prestasi semasa Zii Jia serta aksinya dalam perlawanan sebelum ini, tidak mustahil dia mampu menewaskan Axelsen jika mereka berdua beraksi di final Olimpik Paris 2024. - Media Telus
Berita berkaitan
April 30, 2025, 3:40 pm
Tiada cuti panjang buat Arif Aiman
April 27, 2025, 9:36 am
Hampir muflis punca Perak FC terkubur
April 20, 2025, 2:55 pm
Faisal Halim patah hidung kena siku kapten PDRM
April 17, 2025, 4:59 pm
TMJ bidas pemain mudah terpengaruh nasihat tidak berasas
April 17, 2025, 1:38 pm
JDT tamat saingan Liga Super tanpa kalah, 11 kali juara berturut-turut
April 16, 2025, 1:13 pm
Final Piala Malaysia: Sambutan dingin jualan tiket, penyokong JDT kurang berminat ke Bukit Jalil
April 15, 2025, 1:37 pm
JDT terus dominasi bola sepak negara, catat musim 2024–2025 penuh gemilang
April 11, 2025, 2:43 pm
Bidoglio fokus lawan Kuching City dahulu, bukan final Piala Malaysia
April 11, 2025, 12:56 pm