Berita Sukan
Aaron-Wooi Yik rangkul gangsa, hadiahkan pingat pertama negara

PARIS 4 Ogos - Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mencipta sejarah apabila berjaya merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik selepas menewaskan beregu nombor dua dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, hari ini.
Berlangsung di Porte de La Chapelle Arena, Aaron-Wooi Yik menang 16-21, 22-20, 21-19 dalam tempoh 74 minit pada perlawanan penentuan pingat gangsa itu.
Set pertama berlangsung agak sengit apabila kedudukan mata sentiasa rapat namun Astrup-Rasmussen lebih tenang di hujung perlawanan untuk mendapatkan mata kemenangan.
Aaron-Wooi Yik yang juga juara dunia 2022 sedar mereka perlu bangkit di set kedua, tetapi masih lagi tercari-cari rentak untuk mengatasi lawan mereka itu.
Bagaimanapun ketika di ambang kekalahan selepas Astrup-Rasmussen mendahului 20-16, Aaron-Wooi Yik mempamerkan kebangkitan epik apabila memperoleh enam mata berturut-turut untuk mencatatkan kemenangan 22-20 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.
Kemenangan di set kedua meningkatkan tahap keyakinan Aaron-Wooi Yik yang tampil lebih garang di set penentuan sebelum meraih mata penamat yang benar-benar dimahukan.
Selepas tewas kepada Astrup-Rasmussen pada pertemuan terakhir di Terbuka Singapura, Mei lalu, Aaron-Wooi Yik akhirnya berjaya membalas dendam namun lebih manis adalah dapat mempertahankan pingat gangsa yang dimenangi pada Tokyo 2020.
Ketika di Tokyo 2020, Aaron-Wooi Yik berjaya menewaskan bekas juara dunia dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan untuk membawa pulang pingat gangsa.
Aaron-Wooi Yik terlepas peluang untuk menukar warna pingat ke emas atau perak selepas tewas 19-21, 21-15, 17-21 kepada beregu utama dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang dari China dalam pertarungan separuh akhir yang sengit, Jumaat lalu.
Berita berkaitan
April 30, 2025, 3:40 pm
Tiada cuti panjang buat Arif Aiman
April 27, 2025, 9:36 am
Hampir muflis punca Perak FC terkubur
April 20, 2025, 2:55 pm
Faisal Halim patah hidung kena siku kapten PDRM
April 17, 2025, 4:59 pm
TMJ bidas pemain mudah terpengaruh nasihat tidak berasas
April 17, 2025, 1:38 pm
JDT tamat saingan Liga Super tanpa kalah, 11 kali juara berturut-turut
April 16, 2025, 1:13 pm
Final Piala Malaysia: Sambutan dingin jualan tiket, penyokong JDT kurang berminat ke Bukit Jalil
April 15, 2025, 1:37 pm
JDT terus dominasi bola sepak negara, catat musim 2024–2025 penuh gemilang
April 11, 2025, 2:43 pm
Bidoglio fokus lawan Kuching City dahulu, bukan final Piala Malaysia
April 11, 2025, 12:56 pm