Berita Sukan
MSN nafi tanggung kos delegasi MOM di Sukan Olimpik Paris

Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 7 Ogos - Segala kos perbelanjaan delegasi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sepanjang Sukan Olimpik Paris 2024 tidak ditanggung oleh Majlis Sukan Negara (MSN).
MSN dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, mereka hanya menanggung kos atlet, jurulatih, pegawai MSN, Institut Sukan Negara (ISN) dan operasi Malaysia House di Paris bagi temasya kali ini.
"Kos pembiayaan bagi delegasi MOM adalah di bawah tanggungan MOM dan bagi tetamu mereka dibayar oleh pihak berkenaan dan tidak membabitkan dana kerajaan," katanya.
Terdahulu, kecoh di media sosial berkaitan dengan isu kad akreditasi melibatkan jurulatih yang tidak dapat ke Olimpik Paris 2024 dan beberapa individu yang dilihat tidak penting tetapi berada di sana.
Antara yang dipersoalkan warganet ialah mengenai isu jurulatih pemain perseorangan wanita negara Goh Jin Wei, Nova Armada yang tidak dapat mengiringi anak buahnya kerana kad akreditasi terhad.
Bagaimanapun, Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria dirakam duduk bersama isteri dan anak lelakinya di Arena Porte de La Chapelle, ketika perlawanan penentuan pingat gangsa antara beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark. - Media Telus
#MOM #MSN #OLIMPIKPARIS2024
Berita berkaitan
April 30, 2025, 3:40 pm
Tiada cuti panjang buat Arif Aiman
April 27, 2025, 9:36 am
Hampir muflis punca Perak FC terkubur
April 20, 2025, 2:55 pm
Faisal Halim patah hidung kena siku kapten PDRM
April 17, 2025, 4:59 pm
TMJ bidas pemain mudah terpengaruh nasihat tidak berasas
April 17, 2025, 1:38 pm
JDT tamat saingan Liga Super tanpa kalah, 11 kali juara berturut-turut
April 16, 2025, 1:13 pm
Final Piala Malaysia: Sambutan dingin jualan tiket, penyokong JDT kurang berminat ke Bukit Jalil
April 15, 2025, 1:37 pm
JDT terus dominasi bola sepak negara, catat musim 2024–2025 penuh gemilang
April 11, 2025, 2:43 pm
Bidoglio fokus lawan Kuching City dahulu, bukan final Piala Malaysia
April 11, 2025, 12:56 pm