Berita Sukan
Sukan Borneo dijangka kembali selepas 15 tahun - Abang Johari

KUCHING 22 Ogos - Selepas 15 tahun kali terakhir penganjurannya pada 2009, Kejohanan Sukan Borneo dijangka dikembalikan semula bagi merancakkan lagi aktiviti sukan di empat wilayah di pulau ketiga terbesar dunia itu.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata cadangan untuk penganjuran kejohanan itu sudah beliau kemukakan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Selain mencungkil bakat sukan di Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan, kejohanan itu menjadi platform terbaik mengeratkan hubungan empat wilayah terbabit.
"Saya mencadangkan kepada Menteri Belia dan Sukan agar kejohanan itu diadakan semula dan saya juga akan berbincang dengan rakan-rakan kita di Sabah, Brunei dan Kalimantan, Indonesia mengenai cadangan itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam Sukan Malaysia Ke-21 (SUKMA XXI) Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam tadi.
Turut hadir, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah; Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar serta Menteri Belia, Sukan, dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Menurutnya, jika cadangan itu diterima, Sarawak bersedia menjadi penaja utama kejohanan dwitahunan itu.
"Saya yakin Sukan Borneo akan menyediakan platform terbaik untuk mengasah atlet Sarawak dan menyediakan mereka untuk kejohanan antarabangsa," katanya.
Sukan Borneo pertama dianjurkan di Brunei pada 1954 dan ketika itu tidak hanya membabitkan penyertaan empat wilayah di Borneo malah disertai pasukan jemputan dari Malaya, Filipina dan Papua New Guinea.
Selain itu, Sarawak juga sudah menawarkan diri untuk menjadi hos bersama Sukan SEA 2027 dengan menetapkan syarat upacara perasmian kejohanan sukan Asia Tenggara itu diadakan di Kuching.
Berita berkaitan
April 30, 2025, 3:40 pm
Tiada cuti panjang buat Arif Aiman
April 27, 2025, 9:36 am
Hampir muflis punca Perak FC terkubur
April 20, 2025, 2:55 pm
Faisal Halim patah hidung kena siku kapten PDRM
April 17, 2025, 4:59 pm
TMJ bidas pemain mudah terpengaruh nasihat tidak berasas
April 17, 2025, 1:38 pm
JDT tamat saingan Liga Super tanpa kalah, 11 kali juara berturut-turut
April 16, 2025, 1:13 pm
Final Piala Malaysia: Sambutan dingin jualan tiket, penyokong JDT kurang berminat ke Bukit Jalil
April 15, 2025, 1:37 pm
JDT terus dominasi bola sepak negara, catat musim 2024–2025 penuh gemilang
April 11, 2025, 2:43 pm
Bidoglio fokus lawan Kuching City dahulu, bukan final Piala Malaysia
April 11, 2025, 12:56 pm