Berita Sukan
BOS yakin JDT menang besar lawan Selangor

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Kelompok penyokong Boys Of Straits (BOS) mengakui sudah tidak sabar untuk merasai kemeriahan suasana aksi final Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.
Menurut jurucakap BOS, Farween Johar, 36, aksi final itu secara tidak langsung memberikan gambaran mengenai suasana kemeriahan yang tertunda, sejak aksi Piala Sumbangsih antara kedua-dua pasukan pada awal musim dibatalkan susulan pengumuman skuad Red Giants itu menarik diri.
“Kita sepatutnya jumpa Selangor (9 Mei) tetapi tak jadi.
“Jadi kali ini kita nak merasai dan tamatkan vibe aksi JDT dan Selangor yang tertunda,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian
Tambah Farween, BOS turut meramalkan aksi final kali ini akan dapat diselesaikan dalam tempoh perlawanan sebenar iaitu 90 minit.
Biarpun tidak meramalkan keputusan yang besar memihak JDT, namun katanya skuad Harimau Selatan itu dilihat akan sekali lagi menjulang trofi berkenaan.
“Sebenarnya, kita juga menghormati Selangor FC sebagai antara pasukan yang kuat dalam saingan Liga Super.
“Lagi pun dengan kembalinya penyerang, Faisal Halim, kita pun hormat dia. Dia seorang pemain kebangsaan yang akan menambahkan lagi sengat buat Selangor FC.
“Tetapi, jika dilihat dari segi pengalaman, rasanya ia lebih berpihak kepada kami kerana sering ke peringkat ini (perlawanan akhir),” katanya.
Mengulas mengenai persiapan BOS untuk aksi final nanti Farween berkata, setakat ini persiapan mereka seperti biasa dan tidak ada apa-apa kelainan yang ditonjolkan berbanding sebelum ini.
Bagaimanapun katanya, mungkin kali ini dengan 30,000 bendera JDT berwarna merah, biru akan dikibarkan pada aksi final akan menimbulkan sedikit kelainan.
“Kalau tanya kelainan, memang rasanya dah kerap sangat setiap tahun ke final, jadi semuanya sama sahaja apa yang kami buat; dari segi pergerakan, lagu-lagu kami, persembahan corteo dan sebagainya,” katanya.
Berita berkaitan
April 30, 2025, 3:40 pm
Tiada cuti panjang buat Arif Aiman
April 27, 2025, 9:36 am
Hampir muflis punca Perak FC terkubur
April 20, 2025, 2:55 pm
Faisal Halim patah hidung kena siku kapten PDRM
April 17, 2025, 4:59 pm
TMJ bidas pemain mudah terpengaruh nasihat tidak berasas
April 17, 2025, 1:38 pm
JDT tamat saingan Liga Super tanpa kalah, 11 kali juara berturut-turut
April 16, 2025, 1:13 pm
Final Piala Malaysia: Sambutan dingin jualan tiket, penyokong JDT kurang berminat ke Bukit Jalil
April 15, 2025, 1:37 pm
JDT terus dominasi bola sepak negara, catat musim 2024–2025 penuh gemilang
April 11, 2025, 2:43 pm
Bidoglio fokus lawan Kuching City dahulu, bukan final Piala Malaysia
April 11, 2025, 12:56 pm