Berita Politik
Selagi Najib terperangkap di sebalik tirai besi, suara dan ikhtiar UMNO tak akan terhenti

Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Usul tertinggi yang diterima pada 72 bahagian UMNO adalah pengampunan penuh bekas Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, selagi Bossku (Najib) terperangkap di sebalik tirai besi, suara dan ikhtiar UMNo tidak akan terhenti.
"Malah, berilah kepercayaan dan keyakinan kepada kepimpinan tertinggi.
"Justeru, saya memohon untuk kita terus berdoa kerana doa inilah senjata kita. Semoga Allah melembutkan hati dan membukakan jalan agar pembebasan Datuk Seri Najib ini berlaku akhirnya, mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
"Hakikatnya kuasa bukan di tangan kita tetapi iman kita meyakini Allah adalah pemilik hati manusia, Insya-Allah," katanya berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
Mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, kuasa pengampunan dalam kes ini adalah kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong, yang bersifat mutlak. - Media Telus
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am