Berita Politik
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar

PUTRAJAYA 21 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada sebarang rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan akan dilakukan susulan keputusan Pemilihan PKR 2025 peringkat cabang yang berakhir semalam.
Menurut beliau, proses pemilihan tersebut hanyalah melibatkan urusan dalaman parti dan tidak memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri.
"Tiada rombakan Kabinet. Ini soal parti semata-mata dan tidak melibatkan kerajaan negeri atau Persekutuan. Segala urusan kerajaan berjalan seperti biasa," katanya.
Tambah beliau, penilaian terhadap menteri Kabinet dibuat berdasarkan prestasi mereka dalam menjalankan tanggungjawab, dan bukannya berasaskan kepada percaturan politik.
Anwar berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diadakan di pekarangan bangunan kementerian itu hari ini.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Timbalan Menteri, Datuk Mustapha Sakmud; serta Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr Anesee Ibrahim. - Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2025, 9:24 pm
Pelantikan Pengerusi MPN Pulau Pinang isyarat KEADILAN mantapkan strategi hadapi PRU16
July 30, 2025, 1:39 pm
Pas nafi spekulasi pertukaran jawatan presiden, Abdul Hadi kekal jawatan tertinggi parti
July 30, 2025, 9:32 am
'DAP patut minta maaf, jangan salahkan rakyat tuntut janji' - MCA
July 29, 2025, 6:47 pm
BN–PH ‘dikunci’ hadapi PRN Sabah – Zahid
July 27, 2025, 1:20 pm
Himpunan 'Turun Anwar' gagal, pembangkang main gimik politik lapuk - AMK Klang
July 18, 2025, 10:40 am
Amanah dalam kepimpinan bukan medan mencari pengaruh – Abdul Hadi
July 14, 2025, 12:29 pm