Berita Sukan
Fahmi Fadzil tawar diri bertanding Presiden KLFA

Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menawarkan dirinya untuk bertanding sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).
Pengumuman itu dibuat Fahmi menerusi satu hantaran video do laman TikTok pada semalam.
Menerusi video itu, beliau turut memperkenalkan barisan pasukannya yang antaranya terdiri daripada Pengarah KL United Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar sebagai calon timbalan presiden KLFA.
Beliau berkata, pihaknya turut mencalonkan jawatan naib presiden KLFA kepada Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin serta Datuk Mohd Razlan Rafii yang merangkap Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Kami menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan-jawatan yang telah disebutkan.
Hasrat kami untuk martabatkan kelab-kelab gabungan, memastikan KLFA diurus dengan lebih baik, lebih mapan supaya bola sepak di Kuala Lumpur lebih maju,” katanya.
Untuk rekod, Presiden KLFA ketika ini dipangku Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid selepas bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad meletak jawatan Mac lepas.
Kongres pemilihan baharu jawatankuasa KLFA dijadual berlangsung 7 September ini. - Media Telus
Berita berkaitan
April 30, 2025, 3:40 pm
Tiada cuti panjang buat Arif Aiman
April 27, 2025, 9:36 am
Hampir muflis punca Perak FC terkubur
April 20, 2025, 2:55 pm
Faisal Halim patah hidung kena siku kapten PDRM
April 17, 2025, 4:59 pm
TMJ bidas pemain mudah terpengaruh nasihat tidak berasas
April 17, 2025, 1:38 pm
JDT tamat saingan Liga Super tanpa kalah, 11 kali juara berturut-turut
April 16, 2025, 1:13 pm
Final Piala Malaysia: Sambutan dingin jualan tiket, penyokong JDT kurang berminat ke Bukit Jalil
April 15, 2025, 1:37 pm
JDT terus dominasi bola sepak negara, catat musim 2024–2025 penuh gemilang
April 11, 2025, 2:43 pm
Bidoglio fokus lawan Kuching City dahulu, bukan final Piala Malaysia
April 11, 2025, 12:56 pm