Berita Politik
'Utamakan 'keluarga' kita dahulu sebelum buat keputusan' - Ka Siong beritahu kepimpinan tertinggi BN

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Barisan Nasional (BN) digesa mengutamakan komponen parti itu terlebih dahulu dalam membuat sebarang keputusan khususnya untuk bertanding solo atau sebaliknya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata keputusan itu perlulah mendahulukan komponen BN atau 'BN First' dan perkara itu sudah berkali-kali ditegaskan beliau kepada kepemimpinan tertinggi BN untuk merujuk pendirian itu terlebih dahulu.
Beliau menegaskan ini kerana begitu mustahak untuk menjaga 'ahli keluarga' terlebih dahulu yang merujuk parti komponen BN berbanding orang lain.
"Saya berkali-kali, sudah hampir tiga empat kali (tegaskan), kita seharusnya masing-masing parti BN perkukuhkan parti komponen sendiri.
"Kedua, beri keupayaan, lihat BN sebagai keutamaan penting kita untuk perkukuhkan. Jaga keluarga kita dulu sepatutnya BN First (dahulukan BN) sebab kita bertanding atas tiket BN selama ini dan tak pernah tidak.
"Sebab itulah, orang tanya pergi solo... kita BN sebagai satu parti dan apa juga senario kita lalui kita telah berdepan dan melalui proses itu, 2018, 2020 atas PRN (pilihan raya negeri) sini dan situ.
"Bagi kita sebagai satu parti kena bergerak satu falsafah sama-sama agar kita makmurkan semua parti komponen. Baru dapat perkuatkan dan persiapkan diri kita berdepan cabaran mendatang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
Justeru, Ka Siong berkata sebagai sebuah keluarga BN perlu sentiasa berunding dan bermusyawarah.
Beliau juga mengakui tidak salah untuk bersikap dominan tetapi apa yang paling utama adalah ia mesti memberi manfaat kepada rakyat.
"Bagi kita dalam satu keluarga sentiasa berunding dan bermesyuarah. Kita lihat dalam konteks BN tak bicara sesuatu masalah secara terbuka kita lebih perbincangan hati ke hati antara parti.
"Elok dengar pandangan sebegitu dalam satu keluarga dapat rasai perasaan pihak satu lagi. Apa penting adalah apa yang nak dilakukan kepada rakyat. Kesejahteraan rakyat dan kepentingan negara patut dijadikan keutamaan.
"Saya rasa banyak perkara dikatakan dominasi dasar satu perkara baik buat sesuatu yang asal demi kepentingan rakyat, untuk kebaikan negara. Kenapa tidak? Kita boleh jadi jurucakap yang lebih kuat. Kita yang memberi satu idea dapat diterapkan penggubalan sesuatu dasar konteks, " katanya.
Berita berkaitan
May 2, 2025, 9:56 am
BERSATU sedia bekerjasama dengan UMNO demi perjuangan asal - Hamzah
April 30, 2025, 3:58 pm
MCA perlu nilai diri sendiri, bukan salahkan BN - Puad
April 29, 2025, 12:29 pm
MCA digesa keluar Kerajaan Perpaduan, pertimbang sertai Bersatu
April 26, 2025, 10:49 pm
Kemenangan BN di Ayer Kuning tanda sokongan rakyat kepada Kerajaan MADANI
April 23, 2025, 4:00 pm
PRK Ayer Kuning: BERSIH kecam kerajaan salah guna jentera, dana awam
April 21, 2025, 2:38 pm
Tiada rombakan kabinet susulan pemilihan PKR – Anwar
April 20, 2025, 10:38 am
Afdlin Shauki menang, Nik Nazmi hilang Ketua Cabang PKR Setiawangsa
April 18, 2025, 5:32 pm
PRK Ayer Kuning: DAP usaha rapatkan hubungan dengan pengundi Melayu
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am