Berita Sukan
'Jika ada 10 minit lagi, mungkin JDT akan tambah gol' - Bidoglio

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) Hector Bidoglio percaya pasukannya mungkin boleh menjaringkan lebih banyak gol ketika membelasah Selangor FC 6-1 dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.
Menurutnya, pemain JDT memiliki fizikal dan keupayaan yang bagus selain bermain dengan sangat baik dalam perlawanan itu sekali gus mempunyai peluang untuk menambah gol.
Pasukan Johor Darul Ta'zim meraikan kejayaan selepas berjaya menewaskan pasukan Selangor FC dengan keputusan 6-1 pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.
"Sentiasa dalam minda saya adalah untuk memenangi perlawanan. Saya tidak rasa sangsi kerana saya mempercayai 100 peratus pemain saya, bos dan staf.
"Saya tidak tahu jika permainan berlangsung 10 minit lagi, mungkin kami akan terus jaringkan gol kerana secara fizikal JDT adalah sangat bagus. Kami juga bermain dengan baik.
"Tetapi, ini adalah bola sepak saya tidak tahu apa akan terjadi jika permainan diteruskan. Tetapi, saya sangat gembira kerana pemain menunjukkan persembahan baik malam ini," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.
JDT mengukuhkan status mereka sebagai kuasa bola sepak Malaysia apabila menambah koleksi kejuaraan Piala FA buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Selangor. - Sinar Harian
Berita berkaitan
April 30, 2025, 3:40 pm
Tiada cuti panjang buat Arif Aiman
April 27, 2025, 9:36 am
Hampir muflis punca Perak FC terkubur
April 20, 2025, 2:55 pm
Faisal Halim patah hidung kena siku kapten PDRM
April 17, 2025, 4:59 pm
TMJ bidas pemain mudah terpengaruh nasihat tidak berasas
April 17, 2025, 1:38 pm
JDT tamat saingan Liga Super tanpa kalah, 11 kali juara berturut-turut
April 16, 2025, 1:13 pm
Final Piala Malaysia: Sambutan dingin jualan tiket, penyokong JDT kurang berminat ke Bukit Jalil
April 15, 2025, 1:37 pm
JDT terus dominasi bola sepak negara, catat musim 2024–2025 penuh gemilang
April 11, 2025, 2:43 pm
Bidoglio fokus lawan Kuching City dahulu, bukan final Piala Malaysia
April 11, 2025, 12:56 pm